Video✓✓Maut Diserang Gajah ketika memberi Makanan

Tragedi niat murni

Bangkok: Seorang lelaki maut selepas diserang gajah ketika cuba memberi mamalia itu makanan dalam kejadian di Pak Chong, Thailand.

Difahamkan Rachan Theerapittayatrakul memberi mamalia itu makan dengan jarak dekat sehingga membahayakan dirinya.

 

Bangkok Post melaporkan mangsa yang mulanya sedang memandu pikapnya terserempak dengan seekor gajah bernama Cherry.

 

Menurut laporan itu, Rachan kemudian menghentikan kenderaannya itu untuk melihat Cherry.

 

Rachan kemudian menghampiri gajah berkenaan kerana mahu memberi haiwan itu makan beberapa batang tebu.

See also  Mangsa kerakusan pemburu haram

 

Namun niat murninya itu menyebabkan gajah berkenaan berasa terancam sebelum menyerangnya.

 

Video serangan haiwan itu tular di laman sosial negara berkenaan.

 

Rakaman video itu menunjukkan Rachan dilibas dengan belalai gajah berusia 28 tahun itu selama dua minit.

 

Rachan juga dililit dan dibaling ke udara sebelum gajah itu melibas kembali menggunakan belalai.

See also  Kemusnahan kawasan hutan mencetuskan konflik serius kehidupan haiwan liar dan manusia.

 

Sementara itu, pemilik Cherry, Peng Yimran terkejut dengan tindakan haiwan peliharaannya itu.

 

Katanya, haiwan berkenaan sebelum ini tidak agresif sejak dijaganya.

 

“Setiap pagi saya akan bawa Cherry untuk bertemu pelancong dan haiwan ini tidak agresif. Ketika kejadian, dia mengikat Cherry pada sebatang pokok sementara mencari rumput untuk diberikan kepadanya,” katanya.

 

“Dia kemudian terkejut apabila melihat ramai orang berkumpul mengelilingi Cherry dan tidak menyangka haiwan peliharaannya itu mengamuk,” katanya.

See also  Kisah Kucing Tentera Jerman dan Inggeris, Selamat dari 3 Perang Laut di Perang Dunia ke2.
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Video✓✓Maut Diserang Gajah ketika memberi Makanan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

385575
Users Today : 1653
Users Yesterday : 2680
Users Last 7 days : 17338
Users Last 30 days : 60891
Users This Month : 12579
Users This Year : 385574
Total Users : 385575
Views Today : 2541
Views Yesterday : 3986
Views Last 7 days : 25707
Views Last 30 days : 92840
Views This Month : 18626
Views This Year : 593320
Total views : 593321
Who's Online : 11
Your IP Address : 34.231.21.105
Server Time : 2022-12-06
0Shares