VIDEO-Samun beg tangan ketika Sujud

Perasan kehadiran penyamun selepas telekung dipijak, dua wanita berdepan detik cemas

 

KUALA TERENGGANU: Dua jemaah wanita di Masjid Jamek Pengadang Baru, di sini berdepan detik cemas selepas beg tangan mereka dilarikan seorang lelaki ketika menunaikan solat Subuh, hari ini.

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Kejadian kira-kira pukul 6.25 pagi itu disedari salah seorang mangsa berikutan kain telekungnya dipijak suspek tanpa sengaja sebelum bertindak mengejar lelaki berkenaan.

See also  Tak sampai 24 jam semua 4 sekawan perompak diberkas Polis

 

Ahli Jawatankuasa masjid berkenaan, Asli Muhammad berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek yang berbaju hijau muda didapati memasuki ruangan solat wanita melalui pintu di sebelah kiri masjid.

 

“Dia menunggu hingga semua jemaah sujud pada rakaat terakhir sebelum mengambil beg tangan kedua-dua mangsa,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

 

See also  Hentak cermin kereta: Denda RM10,000 terhadap 'Abang Botak' kekal

Asli berkata, suspek kemudian melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta yang menunggu di luar pagar masjid.

 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din mengesahkan kejadian berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

 

Katanya, laporan polis dibuat seorang mangsa yang berusia 40-an dan jumlah keseluruhan kerugian dianggarkan kira-kira RM800. – UTUSAN ONLINE

See also  "TALI" MUNCUL SEMULA 
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " VIDEO-Samun beg tangan ketika Sujud " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

149937
Users Today : 1544
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 22439
Users Last 30 days : 79659
Users This Month : 43662
Users This Year : 149936
Total Users : 149937
Views Today : 2134
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 33799
Views Last 30 days : 121959
Views This Month : 66550
Views This Year : 228940
Total views : 228941
Who's Online : 13
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-16
0Shares