Padang baru SNBJ-Kenapa Begitu Mahal Sampai RM10 Juta – TMJ

Padang SBJ-Kenapa Begitu Mahal Sampai RM10 Juta – TMJ

Banyak sangat orang nak ‘mark up.’

 

Itu persoalan yang ditimbulkan pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mendedahkan kos sebanyak RM10 juta diperlukan untuk membuat padang baharu di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Ini kerana Tunku Mahkota Johor itu menjelaskan beliau hanya memerlukan RM1.4 juta untuk membuat padang menggunakan rumput jenis Zoysia di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) yang lengkap dengan sistem perpaipan, tanah dan pelbagai lagi.

 

Saya berbual dengan Menteri KBS baru-baru ini dan tanya berapa kos saya buat padang. Dia terperanjat apabila saya cerita kos padang kerana dia dapat tawaran buat padang baharu di Bukit Jalil yang sama seperti ini, RM10 juta. Banyak sangat orang nak ‘mark up.’

See also  Stadium SBJ dikecam cara keringkan air memalukan

 

Saya buat RM1.4 juta sahaja. Saya pakai Zoysia. Kos dia tetap sama… paling mahal pun RM1.5 juta, takkan ada lebih mahal daripada itu. Kenapa jadi sampai RM10 juta?

 

Untuk kos penyelenggaraan pun, (kos) tidak lebih RM300,000 setahun. Kalau ada orang nak selenggara padang perlukan berjuta-juta, itu cerita dongeng.

 

“Jadi kalau boleh saya nak minta pada kerajaan dan KBS, bajet yang ada jangan diberikan pada kelab tetapi pada Majlis Sukan Negeri (MSN) untuk buat padang. RM1.4 juta untuk 14 negeri, bagi saya tiada apa-apa,” katanya menerusi rancangan Bola@Mamak, malam tadi.

 

See also  Aksi Fernando Forestieri kutip Botol minum dan nasihat menggoncang sanubari

Dalam masa sama, Tunku Ismail turut mengakui kualiti padang di negara ini sudah jauh ketinggalan berbanding negara jiran seperti Thailand, Filipina, Myanmar dan Singapura memandangkan rumput jenis ‘cowgrass’ masih digunakan di sini.

 

Dua padang (yang baik) adalah di JDT dan Terengganu FC (TFC). TFC ambil inisiatif yang tepat dan bagus untuk ubah padang mereka Tak guna ada fasiliti tetapi padang masih ‘old school’. Pemikiran itu perlu ditukar.

 

“Jangan buat fasiliti kerana nak tunjukkan apa JDT ada, kita kena ada. Padang adalah keutamaan dan benda pertama kena tukar adalah padang. Sampai bila kita nak pakai ‘cowgrass’. Jangan malukan kita kerana negara jiran pun dah berubah.

 

Saya harap Negeri Sembilan, Kedah, Melaka, Sabah, Sarawak, Selangor dan semua ada padang seperti ini. Padang seperti ini akan naikkan mutu permainan kita apabila kita bertanding. Tahap pasukan akan meningkat kalau pasukan ada padang yang bagus.

See also  Tarikh lihat anak bulan Ramadan 2021/1442H pada 12 April

“Kita main ‘cowgrass’ sepanjang tahun tetapi apabila skuad kebangsaan beraksi di luar, kita jadi kekok. Padang adalah pelaburan jangka masa panjang,” katanya.

sumber:- BH

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Padang baru SNBJ-Kenapa Begitu Mahal Sampai RM10 Juta – TMJ " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

385586
Users Today : 1664
Users Yesterday : 2680
Users Last 7 days : 17349
Users Last 30 days : 60902
Users This Month : 12590
Users This Year : 385585
Total Users : 385586
Views Today : 2561
Views Yesterday : 3986
Views Last 7 days : 25727
Views Last 30 days : 92860
Views This Month : 18646
Views This Year : 593340
Total views : 593341
Who's Online : 5
Your IP Address : 34.231.21.105
Server Time : 2022-12-06
0Shares