Penagih Pil Methamphetamine Mengganas Samun bersenjata barang kemas RM170K

Samun barang kemas RM170,000 selepas acu parang di leher

 

Tumpat: Akibat cemas diacu parang di leher, wanita terpaksa menyerahkan barang kemas bernilai RM170,000 dipakainya kepada dua lelaki dalam kejadian samun, semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Kejadian berlaku pada 10 pagi ketika mangsa berusia 63 tahun tinggal berseorangan di rumahnya di Kampung Berangan Stesen, di sini, sebelum didatangi dua penyamun terbabit.

 

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, suspek datang dengan menaiki motosikal dan memakai topi keledar lalu terus masuk ke rumah mangsa dengan memegang dua bilah parang.

“Seorang daripada suspek meletakkan parang di leher serta menekup mulut mangsa menggunakan tangan, manakala seorang lagi merentap rantai leher serta dua utas gelang tangan yang dipakai mangsa.

See also  POLIS PERLIS MULA TEBANG POKOK KETUM

 

“Mangsa turut menjerit meminta tolong, namun tidak didengari jiran dan ketika kejadian, dia berada seorang diri di rumah,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas perasmian Balai Polis Palekbang, di sini, hari ini.

 

Shafien berkata, susulan kejadian itu, pihaknya menahan empat lelaki berusia 35 hingga 41 tahun dalam serbuan di sekitar Tumpat dan Kota Bharu pada 7.30 malam semalam dan 7 pagi tadi.

 

Katanya, hasil siasatan awal mendapati seorang daripada suspek pernah menyewa rumah milik mangsa bersebelahan kediamannya.

See also  Angkara Syabu Pil Kuda lelaki nekad Kelar leher ibu sebelum digilis lori

 

“Daripada tiga barang kemas yang disamun, pihak kami berjaya menemukan semula dua utas gelang bernilai RM20,000 dan RM60,000.

 

“Kita sedang mengesan seutas rantai leher dianggarkan bernilai RM90,000 dan dipercayai sudah dijual atau digadai suspek,” katanya.

 

Menurutnya, pihaknya turut merampas enam telefon bimbit, tiga keping resit transaksi wang dan kad debit bank.

 

Katanya, kedua-dua suspek memiliki antara dua hingga 10 rekod jenayah termasuk kes dadah selain berada dalam senarai dikehendaki polis kerana terbabit dalam kes pukul dan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak.

 

“Hasil saringan ujian air kencing mendapati tiga daripada suspek yang ditahan terbabit positif methamphetamine dan mereka direman enam hari bermula hari ini sehingga 19 September ini.

See also  Viral Rakaman Lelaki Cubaan Terjun Dari Tingkat 11 Diselamatkan “Hero”

 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan atas kesalahan samun berkumpulan dengan senjata,” katanya.

 

Disiarkan pada: September 14, 2021 @ 1:37pm

Oleh Siti Rohana Idris

am@hmetro.com.my

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Penagih Pil Methamphetamine Mengganas Samun bersenjata barang kemas RM170K " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

363557
Users Today : 176
Users Yesterday : 1520
Users Last 7 days : 10452
Users Last 30 days : 65907
Users This Month : 52575
Users This Year : 363556
Total Users : 363557
Views Today : 225
Views Yesterday : 2349
Views Last 7 days : 16151
Views Last 30 days : 101691
Views This Month : 81490
Views This Year : 560556
Total views : 560557
Who's Online : 14
Your IP Address : 44.192.38.248
Server Time : 2022-11-27
0Shares