Bomba berhempas pulas sejam tangkap lelaki kurang siuman mengamuk. Bomba Hero !

GEORGE TOWN – Pasukan bomba mengambil masa kira-kira sejam untuk mengawal dan membantu pihak polis menahan seorang lelaki dipercayai kurang siuman yang berjalan sambil memegang sebilah sabit di Jalan Ketitir, Bukit Gambir di sini pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Saadon Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada pasukan polis pada pukul 10.52 pagi dan tiba ke lokasi kurang 10 minit.
Menurutnya, bantuan menyelamat melibatkan lapan keanggotaan termasuk penyelia dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak.
“Sebaik pasukan bomba tiba di lokasi kejadian mendapati seorang lelaki dipercayai kurang siuman memegang sabit dan bertindak agresif di kawasan kebun.
“Operasi menenangkannya turut dibantu pasukan polis dengan masa diambil kira-kira sejam.
“Lelaki itu akhirnya berjaya ditangkap pasukan polis pada pukul 11.55 pagi dalam keadaan selamat dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 12 tengah hari,” katanya kepada pemberita hari ini.
Terdahulu, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki dalam keadaan hanya berseluar tanpa baju berjalan sambil memegang sebilah sabit dan kayu di tengah Jalan Ketitir, Bukit Gambir di sini.
Video berdurasi 38 saat yang dirakam pengguna jalan raya itu kelihatan beberapa anggota bomba sedang membantu menenangkan lelaki tersebut.
-K! ONLINE
#KPKTPrihatinRakyat
#BombaPenang
#BBPJalanPerak
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Bomba berhempas pulas sejam tangkap lelaki kurang siuman mengamuk. Bomba Hero ! " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.