Cctv rakam aksi Cabut lari selepas isi minyak penuh tangki

Cabut lari selepas isi minyak penuh tangki

Antara punca utama banyak kejadian jenayah hari ini ialah ketagihan dadah Methamphetamine. Pengambilan  Methamphetamine menjadikan mereka  agresif dan  sanggup melakukan sebarang bentuk jenayah.

PETALING JAYA – Memalukan, kalau tak mampu pakai kereta, jangan berlagak nak pakai kereta.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Itu antara reaksi pengguna laman Facebook selepas melihat sebuah klip video yang memaparkan aksi seorang pemandu kereta ‘melarikan diri’ selepas mengisi minyak di sebuah stesen minyak.

 

Difahamkan, pemandu kereta jenis Perodua Kelisa bertindak sedemikian bagi mengelak membayar minyak yang telah diisi ke dalam keretanya.

 

Menurut info di laman Facebook, aksi ‘nakal’ pemandu kereta itu berjaya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) milik stesen minyak berkenaan dan difahamkan kejadian berlaku di sebuah kawasan di Bachok, Kelantan.

See also  Dendam punca tetak kenalan

 

Susulan perkongsian tersebut, rata-rata pengguna laman sosial mengecam tindakan lelaki terbabit dan menyifatkan perbuatan itu sangat memalukan.

“Malu betul perangai orang macam tu, kalau dah tahu takde duit jangan pakai kereta, duduk rumah diam-diam,” kata Asraf Kota.

Ramai pemuda di kawasan bersempadan Thailand terjebak ketagihan dadah Methamphetamine memang sanggup melakukan apa sahaja bentuk menyamun.

 

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Shaikh Afeizal.

 

“Ada CCTV, ambil nombor ‘plate’ lepas tu buat laporan polis je orang macam ini, nak lari ke mana, esok lusa dapatlah tu.

See also  4 penyamun kecundang jua akhirnya

 

“Lagipun pelik stesen minyak ini, bukan sepatutnya kalau nak isi minyak penuh kena bayar deposit dulu? Takkan tak bayar langsung?,”soalnya.

 

Pada masa sama, pengguna juga turut bersimpati dengan nasib pekerja stesen minyak berkenaan yang mungkin akan terpaksa membayar duit ganti rugi akibat kecuaian itu.

 

“Risiko pada pekerja, pekerja kena ganti, saya dah pernah kerja sebagai ‘cashier’, gaji tak lah banyak, lepas tu kena potong gaji lagi,” kata Suelan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

See also  Berlumuran darah pergi balai polis

 

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392 Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan); KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214 Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Cctv rakam aksi Cabut lari selepas isi minyak penuh tangki " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156045
Users Today : 835
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24440
Users Last 30 days : 79869
Users This Month : 49770
Users This Year : 156044
Total Users : 156045
Views Today : 1444
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36956
Views Last 30 days : 122998
Views This Month : 76275
Views This Year : 238665
Total views : 238666
Who's Online : 0
Your IP Address : 44.200.30.73
Server Time : 2022-08-18
0Shares