Dua penjenayah bersenjata warga asing mati ditembak

Dua penjenayah bersenjata warga asing mati ditembak

SEBERANG PERAI – Polis menembak mati dua penjenayah warga asing di kawasan semak di Bukit Mengkuang, Kubang Semang di Bukit Mertajam di sini awal pagi tadi.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, kedua-dua suspek maut di tempat kejadian.

 

Suspek yang menaiki kereta jenis Proton Waja berwarna kelabu tersebut sebelum itu dikatakan melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Jalan Penanti dengan memecut laju sehingga ke kawasan berkenaan.

 

Ketika sampai di kawasan kejadian, suspek yang berada di bahagian penumpang hadapan dikatakan telah keluar dan melepaskan dua das tembakan ke arah polis, manakala pemandu menyerang dengan parang.

See also  Timbus lubang lorong tikus untuk rentas negeri

 

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah suspek bagi mempertahankan diri.

 

Beliau berkata, kejadian itu bagaimanapun tidak menyebabkan kecederaan terhadap anggota polis, namun tembakan dilepaskan suspek terkena cermin sisi kereta polis.

 

Menurutnya, kedua-dua suspek berusia di antara 30-an hingga 40-an itu menjadi buruan polis menerusi Ops Api Siakap susulan kes ugutan dan melepaskan tembakan di Bukit Mertajam pada Ahad lalu.

 

See also  Lelaki tunjuk 'pistol' marah dihon pemandu wanita

“Hasil pemeriksaan ke atas kereta dinaiki mereka, pihak polis menemui dadah jenis heroin serta pelbagai peralatan pecah rumah di bahagian but.

 

“Turut ditemui adalah sepucuk pistol berisi enam butir peluru serta parang,” katanya kepada pemberita hari ini.

 

Beliau berkata, hasil semakan lanjut mendapati kereta dinaiki suspek dilaporkan hilang pada 29 Ogos tahun lalu di Sungai Petani, Kedah.

 

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya di sini bagi proses bedah siasat. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

 

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392 Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan); KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214 Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

See also  Bob Mah Sing sudah ditahan
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Dua penjenayah bersenjata warga asing mati ditembak " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

367411
Users Today : 2323
Users Yesterday : 1707
Users Last 7 days : 12043
Users Last 30 days : 64390
Users This Month : 56429
Users This Year : 367410
Total Users : 367411
Views Today : 3470
Views Yesterday : 2573
Views Last 7 days : 18366
Views Last 30 days : 99507
Views This Month : 87308
Views This Year : 566374
Total views : 566375
Who's Online : 16
Your IP Address : 18.207.136.189
Server Time : 2022-11-28
0Shares