Pekerja LRA Bukit Betong maut terkena renjatan elektrik

Pekerja LRA Bukit Betong maut terkena renjatan elektrik

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Lipis: Pembantu operasi Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Betong, dekat sini, maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika membuat kerja pencucian di struktur loji di Kampung Bukit Betong dekat sini, semalam.

 

Dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, mangsa, Roslan Ngah, 57, membaiki injap yang rosak sebelum dipercayai terkena renjatan elektrik dan meninggal dunia.

See also  Rakaman dashcam kes melawan arus dan melanggar penunggang motorsikal

 

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, polis menerima panggilan daripada pembantu perubatan Klinik Kesihatan Bukit Betong mengenai mangsa yang meninggal dunia di LRA Bukit Bentong akibat terkena renjatan elektrik.

 

“Dua anggota ke kawasan Loji Air Bukit Betong berasaskan aduan.

 

“Polis dimaklumkan ketika kejadian mangsa bersama seorang rakannya berada di dalam loji untuk menjalankan kerja pencucian dan tiba-tiba terkena renjatan elektrik yang dipercayai mengalir di dalam air,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

See also  Kanak-Kanak bayar piza dengan syiling tular di media sosial

 

Azli berkata, rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri manakala pekerja lain yang menyaksikan kejadian segera mematikan suis utama elektrik.

 

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan Klinik Kesihatan Bukit Betong dan mayat dihantar ke Hospital Lipis untuk bedah siasat.

See also  Nampak api kilat terkena arwah
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Pekerja LRA Bukit Betong maut terkena renjatan elektrik " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156735
Users Today : 576
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23390
Users Last 30 days : 78821
Users This Month : 50460
Users This Year : 156734
Total Users : 156735
Views Today : 1046
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35459
Views Last 30 days : 121396
Views This Month : 77597
Views This Year : 239987
Total views : 239988
Who's Online : 7
Your IP Address : 3.238.225.8
Server Time : 2022-08-19
0Shares