Video Aksi King pecut Keliling satu taman dikejar Polis

King pecut Keliling satu taman dikejar Polis

 

Sungai Petani: Penduduk Taman Ria di sini, dikejutkan dengan kemunculan Perodua Myvi yang dipandu dalam keadaan melulu di lorong kawasan perumahan itu selepas dikejar polis, awal pagi tadi.

 

Dalam kejadian jam 2 pagi itu, suspek nekad memecut kenderaannya ketika dikejar anggota Unit Peronda Polis (MPV).

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Suspek yang bekerja sebagai tukang urut berusia 39 tahun itu memandu secara merbahaya dengan hampir semua lorong dilaluinya di taman perumahan terbabit dalam usaha meloloskan diri.

See also  King keliru atau sengaja buat hal lagi

 

Tindakan itu membuatkan penduduk terjaga kerana bunyi bising selain ada antara penduduk sempat merakam video aksi polis mengejar kereta suspek.

 

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Anuar Abd Rahman berkata, polis pada mulanya mengesan kenderaan suspek di sebuah stesen minyak berhampiran kawasan perumahan berkenaan.

 

Menurutnya, anggota MPV menghampiri kenderaan suspek untuk membuat pemeriksaan lanjut.

See also  Banduan larikan diri, polis Sibu lancar gerakan memburu

 

“Bagaimanapun, suspek memecut laju dan masuk ke kawasan perumahan.

 

“Walaupun diarahkan berhenti, suspek tetap berdegil namun dia akhirnya berjaya ditahan berhampiran masjid di kawasan perumahan itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Menurutnya, hasil ujian saringan mendapati suspek positif ganja dan polis turut menemui dadah terbabit bersamanya.

 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6 akta sama,” katanya.

See also  Dendam punca tetak kenalan

 

▶️HARIAN METRO

14.09.2021

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Video Aksi King pecut Keliling satu taman dikejar Polis " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

363551
Users Today : 170
Users Yesterday : 1520
Users Last 7 days : 10446
Users Last 30 days : 65901
Users This Month : 52569
Users This Year : 363550
Total Users : 363551
Views Today : 218
Views Yesterday : 2349
Views Last 7 days : 16144
Views Last 30 days : 101684
Views This Month : 81483
Views This Year : 560549
Total views : 560550
Who's Online : 11
Your IP Address : 44.192.38.248
Server Time : 2022-11-27
0Shares