‘Police Station Mengkarak’ sasaran lebih 70 komunis 

‘Police Station Mengkarak’ sasaran lebih 70 komunis

Saya berasa sedih kerana beberapa kali ke Muzium Polis untuk mendapatkan rekod kejadian Bintang Tiga menyerang Balai Polis Mengkarak tetapi tiada rekod ditemukan walaupun saya sendiri melalui pengalaman hidup dan mati itu,”katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kerayong

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Balai Polis Bera

BERA – ‘Police Station Mengkarak’ tidak popular seperti Balai Polis Bukit Kepong di Johor dan Balai Polis Kuala Krau di Temerloh walaupun balai polis itu turut diserang komunis pada zaman darurat.

 

Rakyat Malaysia malah penduduk Pahang sendiri mungkin ramai yang tidak mengetahui langsung akan peristiwa kerakusan komunis yang pernah menyerang Balai Polis Mengkarak pada 1 Mei 1949.

Seorang pesara polis Balai Polis Mengkarak, Mohd Noor Awang Teh, 88, berkata, peristiwa penting negara itu mungkin lenyap begitu sahaja kerana tiada catatan dibuat termasuklah tidak direkodkan di Muzium Polis Kuala Lumpur.

See also  Rakaman Pemandu Klaster Kayangan langgar Anggota Rela

 

“Keperwiraan dan pengorbanan anggota polis Balai Polis Mengkarak tidak didendang walaupun kejayaan mereka menewaskan komunis yang lebih ramai menyerang balai.

“Saya berasa sedih kerana beberapa kali ke Muzium Polis untuk mendapatkan rekod kejadian Bintang Tiga menyerang Balai Polis Mengkarak tetapi tiada rekod ditemukan walaupun saya sendiri melalui pengalaman hidup dan mati itu,”katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kerayong di sini sini, hari ini.

 

Menyorot peristiwa bersejerah itu, Mohd Noor berkata, kejadian serangan Bintang 3 itu berlaku kira-kira pukul 6 petang pada 1 Mei 1949 membabitkan lebih 70 orang komunis.

 

Katanya, pada masa itu kekuatan anggota polis Balai Mengkarak hanya seramai 12 orang selepas seorang bercuti manakala seorang lagi hilang dipercayai diculik pihak komunis sebelum berlaku serangan.

 

“Pihak komunis yang berada pada kedudukan atas bukit menembak kami bertubi-tubi yang berkubu di bawah tanah dan dengan kekuatan hanya 12 orang kami dengan penuh semangat menentang komunis.

See also  WANITA PANDU KERETA LAWAN ARUS DITAHAN

 

“Saya percaya dapat membunuh tidak kurang sembilan orang komunis kerana waktu itu masih rembang senja dan saya melihat dengan jelas anggota komunis ditembusi peluru dengan darah mengalir ke lembah,”katanya yang memegang nombor polis EPC 3540.

 

Menurutnya, serangan komunis selama kira-kira dua jam itu menyebabkan pihak polis hampir kehabisan peluru tetapi bernasib baik apabila bantuan diterima dari Balai Polis Triang tepat pada waktunya.

 

Dalam pada itu, dia yang dikenali dengan panggilan Mat Noor JP berkata, mereka bernasib baik kerana polis dapat mengesan kehadiran komunis di situ selepas seorang anggota bertindak menembak burung punai yang berada di pokok berhampiran sehingga mengejutkan komunis yang beranggapan pergerakan mereka telah terdedah.

 

Katanya, terkejut dengan tembakan itu menyebabkan komunis mula membalas tembakan menyebabkan anggota bergegas ke kubu bawah tanah bagi membalas serangan komunis.

See also  Tujuh suspek kes bertumbuk Pasir Tumboh direman tiga hari

 

“Mereka (komunis) menggunakan seorang penduduk dari Triang yang mengajak kami bermain mahjong di sebuah kedai berhampiran yang mengikut rancangan mereka anggota polis kebanyakan masih muda ketika itu akan dibunuh dan ditawan ketika leka bermain.

 

“Kedudukan kubu sukar dilihat dari sisi kedudukan komunis di atas bukit telah mendorong mereka terpaksa berdiri untuk menembak ke arah dan itu memudahkan kami menembak ke sasaran menyebabkan ramai komunis terbunuh dan cedera,”ujarnya.

 

OLEH:SMR

#PahangStory

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " 'Police Station Mengkarak' sasaran lebih 70 komunis  " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156159
Users Today : 0
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 24554
Users Last 30 days : 79983
Users This Month : 49884
Users This Year : 156158
Total Users : 156159
Views Today :
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 37232
Views Last 30 days : 123274
Views This Month : 76551
Views This Year : 238941
Total views : 238942
Who's Online : 3
Your IP Address : 34.236.192.4
Server Time : 2022-08-19
0Shares