Video✓✓Kelibat buaya gemparkan penduduk

Kelibat buaya gemparkan penduduk

 

Papar: Kelibat seekor buaya yang dilihat merangkak di atas jalan di Kampung Nagapas, di sini, mengejutkan penduduk kampung berkenaan, malam semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Penduduk yang melihat buaya sepanjang lebih tiga meter itu turut merakam video reptilia terbabit kira-kira 11.30 malam.

 

Rakaman berkenaan kemudian tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp sehingga menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

 

Perakam video Richard L, 52, berkata dia diminta oleh ahli keluarga untuk memeriksa keadaan sungai berhampiran rumah berikutan hujan lebat.

See also  Fakta keistimewaan Kucing

 

Katanya, ketika menghampiri jambatan sungai berkenaan, dia ternampak seorang lelaki berada di tepi sebuah kereta.

 

“Saya bertanya sama ada keretanya rosak, lelaki itu memberitahu dia ada melihat seekor buaya di atas jalan kira-kira 50 meter dari tempat kami berdiri.

 

“Lelaki itu kemudian membawa saya menaiki kereta ke lokasi buaya itu dan sempat merakam reptilia terbabit menggunakan telefon pintar pemilik kenderaan berkenaan,” katanya.

See also  Usaha murni sediakan tandas khas kucing jalanan

 

Menurutnya, suara dalam rakaman video berkenaan menyebut nama Kampung Rampazan, tetapi sebenarnya lokasi terbabit adalah di Kampung Nagapas.

 

Katanya, itu adalah kali pertama dia melihat buaya di sungai kecil di kampungnya.

 

“Tujuan saya menularkan rakaman video berkenaan adalah bagi memaklumkan kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati kerana ramai penduduk turun ke sungai untuk aktiviti merambat ikan.

 

“Saya juga menghubungi Jabatan Hidupan Liar untuk mendapatkan bantuan menangkap buaya berkenaan demi keselamatan penduduk di sini,” katanya.

See also  BAYI NYARIS DILARIKAN MONYET, CEDERA DICAKAR

 

Disiarkan pada: September 16, 2021 @ 5:51pm

Oleh Juwan Riduan

am@hmetro.com.my

Video: Media sosial

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Video✓✓Kelibat buaya gemparkan penduduk " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

378299
Users Today : 1894
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16438
Users Last 30 days : 61689
Users This Month : 5303
Users This Year : 378298
Total Users : 378299
Views Today : 2598
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 24475
Views Last 30 days : 94727
Views This Month : 7763
Views This Year : 582457
Total views : 582458
Who's Online : 8
Your IP Address : 35.172.224.102
Server Time : 2022-12-03
0Shares