VIDEO✓✓Ular sawa belit kaki, lelaki selamba sembang

Ular sawa belit kaki, lelaki selamba sembang

 

PETALING JAYA – Satu klip video memaparkan seorang lelaki ‘berbual-bual’ dengan seekor ular sawa yang kelihatan membelit kakinya menimbulkan rasa kagum netizen baru-baru ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Laman Facebook Kisah Mancing Viral dalam satu hantaran berkata, lelaki berkenaan terpijak ular sawa itu ketika memacing di satu lokasi yang dipenuhi semak samun sebelum reptilia itu membelit kakinya.

 

“Terpijak ular ketika hendak memancing. Dia boleh selamba bercakap dengan ular itu suruh lepas. Boleh tahan ilmu abang ini,” tulisnya dalam kapsyen video berkenaan.

See also  Video@Kucing terperangkap banjir juga diselamatkan

 

Menerusi video berdurasi 42 saat itu, lelaki tersebut turut kedengaran seolah-olah memujuk ular sawa itu supaya melepaskan kakinya

 

“Kuatnya lilit kaki aku. Eh lepaslah. Pergi sanalah,” katanya dalam video yang dikongsi lebih 690 kali.

 

Kebanyakan pengguna media sosial berkenaan memuji tindakan lelaki itu yang tidak mengasari ular sawa berkenaan sebaliknya bertindak melepaskan haiwan itu ke kawasan hutan berhampiran.

 

“Abang ini berilmu. Dia tahu apa yang dia buat. Ular sawa antara tempat kelemahannya ialah di bahagian leher. Cuba perhatikan betul-betul dari awal video sehingga dia campak ular itu,” ujar Duen Bidor.

See also  Tedung Selar 10kg berjaya ditangkap APM

 

“Bagi yang tiada ilmu, jangan dibiarkan sampai ular lilit kemas di celah paha. Bahaya. Di situ ada urat darah besar,” nasihat Omar Hakimi.

 

“Abang ini ada kemahiran untuk lepaskan lilitan ular. Kalau tidak tahu caranya memang ular itu tidak akan lepas,” komen Bocah Angon.

 

“Dia buat macam kucing peluk kaki saja. Bagus dia tak bunuh. Kita masuk tempat tinggal ular ini. Tidak perlu tangkap atau jual kerana banyak lagi cara hendak cari rezeki,” komen Syafie. – K! ONLINE

See also  Si batik belit tedung selar dalam longkang

 

Oleh SITI AMINAH MOHD YUSOF

16 September 2021, 11:03 am

Video media sosial

 

#Kosmo

#infosemasa

@infosemasaofficial

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " VIDEO✓✓Ular sawa belit kaki, lelaki selamba sembang " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

148818
Users Today : 425
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 24124
Users Last 30 days : 80216
Users This Month : 42543
Users This Year : 148817
Total Users : 148818
Views Today : 578
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 36864
Views Last 30 days : 123080
Views This Month : 64994
Views This Year : 227384
Total views : 227385
Who's Online : 16
Your IP Address : 35.168.110.128
Server Time : 2022-08-16
0Shares