Inilah perangai sebenar warga pengunjung pantai dan taman rekreasi, seolah-olah tidak pernah bersekolah

Tengok mereka sembang memang nampak kemas, tapi bila tengok kesan peninggalan di pantai dan taman rekreasi, pengunjung sebenarnya berperangai buruk tidak bertamadun.

Apakah mereka sudah tidak lagi berakal  yang membuang sampah-sarap merata tempat?

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

KUANTAN: Sikap tidak bertanggungjawab membuang sampah merata-rata tanpa sedikit pun rasa bersalah kembali menular dalam kalangan masyarakat sejak kerajaan memberi kelonggaran pembukaan sektor pelancongan menerusi Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam menangani wabak pandemik Covid-19.

 

Tinjauan  di beberapa lokasi pantai perkelahan dan taman rekreasi yang menjadi tumpuan pengunjung mendapati kawasan itu mula dicemari dengan longgokan sampah yang ditinggalkan pengunjung tidak bertanggungjawab.

 

Banyak sampah seperti plastik bungkusan, bekas makanan dan minuman kertas, malah lampin pakai buang ditinggalkan bersepah.

Seorang pengunjung, Ainatun Nadrah Nordin, 30, berkata, sejak kerajaan memberi kelonggaran membenarkan rekreasi dan riadah, lokasi tumpuan awam terutama di kawasan pantai kelihatan agak kotor dengan sampah sarap terutama bekas makanan dan minuman yang ditinggalkan begitu sahaja.

See also  Penahanan oleh Israel, Wisma Putra gesa pemilik IG bantu kesan 'Dr Nur'

 

“Walaupun ada tong sampah namun pengunjung ‘malas’ menggunakannya atau tong sampah itu sudah terlebih muatan. Paling banyak pinggan dan cawan kertas serta plastik bungkusan makanan ditinggalkan di atas meja dan dilonggok atas tanah,” katanya ketika ditemui di Pantai Batu Hitam di sini semalam.

Bagi Norani Mat Yunan, 33, pula berkata, sikap pengunjung sendiri yang menjadikan kawasan pantai dicemari sampah sarap.

 

“Jika pengunjung mempunyai rasa tanggungjawab dengan menjaga kebersihan pantai sudah pasti masalah sampah terbiar tidak wujud.

 

“Semua orang tahu mereka tidak boleh buang sampah merata-rata namun sikap itu susah diubah. Tidak salah saling tegur menegur demi menjaga kebersihan bersama,” kata kakitangan swasta dari Bukit Fraser itu.

See also  Padang baru SNBJ-Kenapa Begitu Mahal Sampai RM10 Juta – TMJ

 

Sementara itu, Pengusaha Kafe Ombak, Fairus Ahmad, 32, kesal dengan sikap sebilangan pengunjung yang meninggalkan sampah sarap terutama bekas makanan dan minuman di sekitar kawasan pantai.

 

“Pengunjung menganggap tugas mengutip sampah hanya tanggungjawab pekerja pembersihan menyebabkan ada antara mereka sewenang-wenangnya membiarkan sampah sarap tanpa membuangnya di tong sampah disediakan,” katanya di Kampung Cherating Lama disini.

 

Menurutnya, beberapa kumpulan sukarelawan akan bergilir setiap hujung minggu membersihkan sampah di kawasan persekitaran pantai dengan anggaran antara 20 hingga 30 kilogram sampah yang ditinggalkan pengunjung berjaya dikumpul.

 

Kakitangan Kamsuri Chalet, Cherating, Mohd. Daud Mohd. , 32, berkata, pihaknya turut mengadakan gotong royong membuang sampah yang ditinggalkan pengunjung di kawasan persekitaran chalet.

See also  Sudah dijangka sejak pelancaran lagi, kini Pengguna dakwa dapat telefon ‘cikai’

 

“Kami kesal dengan sikap pengunjung yang mengambil mudah tentang perkara ini (buang sampah merata) sedangkan pantai ini perlu dijaga kebersihannya kerana menjadi kawasan tumpuan pelancong.

 

“Tiada kesedaran sivik dan tidak peka dengan kebersihan alam sekitar antara punca pengunjung menjadi tidak bertanggungjawab dan menganggap ia hanya perkara yang remeh sahaja,” katanya.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Inilah perangai sebenar warga pengunjung pantai dan taman rekreasi, seolah-olah tidak pernah bersekolah " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

378415
Users Today : 2010
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16554
Users Last 30 days : 61805
Users This Month : 5419
Users This Year : 378414
Total Users : 378415
Views Today : 2789
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 24666
Views Last 30 days : 94918
Views This Month : 7954
Views This Year : 582648
Total views : 582649
Who's Online : 6
Your IP Address : 35.172.224.102
Server Time : 2022-12-03
0Shares