Lelaki didakwa sebabkan ‘kesakitan, penderitaan tidak perlu’ terhadap katak

Lelaki didakwa sebabkan ‘kesakitan, penderitaan tidak perlu’ terhadap katak

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 19 tahun yang dihadapkan ke mahkamah dua bulan lalu, kini didakwa menganiaya katak dengan meletakkan haiwan itu di permukaan meja foosball (bola sepak meja).

 

Berita Mediacorp melaporkan, dia menghentam haiwan itu dengan bola secara ‘laju dan kuat’.

 

Julai lalu, Ralph Wee Yi Kai didakwa atas tuduhan menceroboh dengan niat melakukan jenayah, selepas dengan sengaja memasuki sebuah kandang di Zoo Singapura pada 17 Disember tahun lalu dan memuat naik video melakukan aksi ‘backflip’ ke laman TikTok.

See also  {video} Cemas dikejar anak gajah

 

Lelaki itu kini didakwa dengan tuduhan sengaja menyebabkan ‘kesakitan dan penderitaan yang tidak perlu’ terhadap seekor katak pada 24 Disember tahun lalu di sebuah kediaman di Sentosa Cove.

 

Katak itu mengalami kecederaan selepas terkena bola tersebut dan mati, menurut dokumen-dokumen mahkamah.

 

Pada Rabu lalu, Ralph diheret ke mahkamah di mana ikat jaminnya sebanyak S$15,000 dibatalkan. Dia kini ditahan reman di Penjara Changi.

 

Pendakwa polis mengusulkan agar tiada ikat jamin diberikan kepadanya sambil menegaskan tertuduh sudah melanggar syarat ikat jamin apabila dia tidak menghadirkan diri bagi ujian air kencing di Biro Narkotik Pusat (CNB) yang sedang menantikan laporan tentang kemungkinan dia menyalahguna dadah.

See also  Padah miliki ekor ikan pari

 

Pendakwa itu turut mendedahkan CNB tidak dapat menghubungi tertuduh. Waran tangkap dikeluarkan terhadap tertuduh pada Isnin lepas.

 

Tertuduh akan kembali ke mahkamah pada 13 Oktober ini.

 

Dia kini berdepan dengan lima tuduhan secara keseluruhannya – satu tuduhan menceroboh dengan niat melakukan jenayah, tiga tuduhan berasingan melibatkan perbuatan nakal dan merosakkan harta benda awam dan satu tuduhan menyebabkan kesakitan dan penderitaan pada seekor katak.

See also  Video✓✓Kelibat buaya gemparkan penduduk

 

Sesiapa yang didapati bersalah kerana melakukan kesalahan terakhir itu boleh dihukum penjara sehingga satu setengah tahun atau didenda sehingga S$15,000 atau kedua-duanya sekali.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Lelaki didakwa sebabkan 'kesakitan, penderitaan tidak perlu' terhadap katak " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

124519
Users Today : 3942
Users Yesterday : 2706
Users Last 7 days : 22191
Users Last 30 days : 69864
Users This Month : 18244
Users This Year : 124518
Total Users : 124519
Views Today : 5959
Views Yesterday : 4150
Views Last 7 days : 33738
Views Last 30 days : 108442
Views This Month : 27851
Views This Year : 190241
Total views : 190242
Who's Online : 21
Your IP Address : 3.238.204.167
Server Time : 2022-08-07
0Shares