Pembantu perawatan pasang kamera ‘pengintip’ di bilik mandi hospital

~UPDATE DARI MEDIA~

Pembantu perawatan pasang kamera ‘pengintip’ di bilik mandi hospital

 

Kulim: Bunyi benda jatuh didengari seorang jururawat membongkar penemuan kamera mini yang dipasang dalam bilik mandi di sebuah wad di Hospital Kulim, Khamis lalu.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Dalam kejadian jam 6.20 petang, jururawat berusia 30 tahun terbabit yang curiga melihat peralatan elektronik berkenaan menghubungi polis dan laporannya itu membawa kepada penahanan seorang lelaki yang juga pembantu perawatan kesihatan hospital berkenaan.

 

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Sazalee Adam berkata, siasatan mendapati jururawat terbabit yang berada dalam bilik mandi menemukan peralatan elektronik itu dalam kotak tisu yang dilekat di dinding selepas dia membuat pemeriksaan apabila terdengar bunyi benda terjatuh.

See also  Lelaki mengamuk selepas terlibat dalam kemalangan

 

“Jururawat itu kemudian menghubungi dan menyerahkan semua barang terbabit kepada polis dan hasil siasatan lanjut seorang lelaki yang juga kakitangan hospital berkenaan berjaya ditahan.

 

“Suspek yang berusia 35 tahun ditahan jam 7.20 malam hari yang sama di hadapan sebuah wad hopital terbabit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

See also  Jumpa mayat bayi perempuan dalam longkang

 

Menurutnya, selain kamera mini, polis turut merampas pengecas mudah alih, sebuah telefon bimbit, dua kad sim, memori kad dan kabel daripada suspek.

 

“Hasil siasatan awal, suspek mengaku yang dia membeli kamera mini berkenaan dalam satu aplikasi platform e-dagang secara dalam talian sejak sebulan lalu.

 

“Suspek juga mendakwa dia meletakkan kamera mini terbabit jam 5 petang pada hari sama namun kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu,” katanya.

See also  Video@Bawa Geng 20 kaki pukul kononnya kerana berang isterinya jadi mangsa cabul bekas majikan

 

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

 

▶️HARIAN METRO

18.09.2021

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Pembantu perawatan pasang kamera 'pengintip' di bilik mandi hospital " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

148503
Users Today : 110
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 23809
Users Last 30 days : 79901
Users This Month : 42228
Users This Year : 148502
Total Users : 148503
Views Today : 140
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 36426
Views Last 30 days : 122642
Views This Month : 64556
Views This Year : 226946
Total views : 226947
Who's Online : 23
Your IP Address : 35.168.110.128
Server Time : 2022-08-16
0Shares