‘Rambut’ mayat keluar dari kubur

‘Rambut’ mayat keluar dari kubur

SACRAMENTO, CALIFORNIA – Sebuah video menjadi tular di media sosial apabila memaparkan objek didakwa rambut manusia kelihatan seperti tersepit pada batu nisan sebuah kubur berusia 100 tahun di California, lapor akhbar The Sun semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

‘Rambut’ yang ditemui oleh Joel Morrison, 37, itu dikatakan tersepit pada batu kubur dengan sebahagian daripadanya menjalar di atas tanah.

 

Menurut Morrison, dia pada awalnya tidak dapat memastikan sama ada objek tersebut adalah rambut sebenar.

See also  Mayat reput vterapung diheret biawak

 

“Bagaimanapun, selepas diperiksa, saya mendapati ia sememangnya rambut manusia yang keluar dari dalam kubur tersebut,” katanya.

 

Video itu dimuat naik di TikTok dengan ramai netizen cuba membuat spekulasi masing-masing mengenai kejadian luar biasa itu.

 

“Keadaan seperti ini boleh berlaku terutamanya selepas banjir besar atau hujan. Ia boleh membuatkan mayat di dalam kubur terapung ke atas,” kata seorang pengguna.

 

“Mungkin mereka mengebumikan mayat berhampiran pokok. Seorang petugas pengebumian pernah memberitahu bahawa jangan tanam mayat dekat dengan pokok bagi mengelakkan perkara sebegini daripada berlaku,” komen seorang netizen.

See also  Kos urus jenazah pesakit COVID-19 melampau, aniaya keluarga - NGO

 

Morrison kembali ke kawasan perkuburan tersebut beberapa hari kemudian dan mendapati ‘rambut’ itu telah hilang.

 

“Apabila kubur itu terbuka akibat tekanan akar pokok, haiwan-haiwan seperti tupai dan tikus bebas untuk masuk dan keluar. Mungkin ia cuba untuk membuat sarang pada rambut manusia,” ujarnya.

 

See also  [Video] Harimau Belang Berkaki Tiga memerlukan perlindungan segera

Tambah Morrison, dia merancang untuk mengambil sampel rambut tersebut untuk diuji bagi mengesahkan sama ada ia adalah rambut manusia. – Agensi

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " ‘Rambut’ mayat keluar dari kubur " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

378027
Users Today : 1622
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16166
Users Last 30 days : 61417
Users This Month : 5031
Users This Year : 378026
Total Users : 378027
Views Today : 2185
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 24062
Views Last 30 days : 94314
Views This Month : 7350
Views This Year : 582044
Total views : 582045
Who's Online : 9
Your IP Address : 35.172.224.102
Server Time : 2022-12-03
0Shares