VIDEO Avanza bawa syabu pecut  lawan arus 2km elak ditahan polis

Avanza bawa syabu Pecut  lawan arus 2km elak ditahan polis

 

Oleh Amirul Aiman Hamsuddin

September 18, 2021 @ 12:52pm

bhnews@bh.com.my

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

SEKINCHAN: Sebuah kenderaan dipecut secara lawan arus sejauh kira-kira dua kilometer (km) dalam usaha pemandu dan penumpangnya untuk melarikan diri daripada ditahan polis, semalam.

Terdahulu dalam insiden kira-kira jam 6.30 petang, kedua-dua suspek dipercayai cuba meloloskan diri selepas menyedari polis melakukan pemeriksaan di Kilometer 72 Jalan Klang-Teluk Intan, dekat sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintendan Lim Chee Khoon, berkata justeru polis bertindak mengekori kenderaan pelbagai guna (MPV) itu hingga ke Jalan Tali Air 6.

See also  Tahukah anda bahawa Buah Mangga boleh merawat ketagihan najis dadah dan rokok

“Bagaimanapun setiba di lokasi, suspek memandu secara lawan arus hingga ke Jalan Tali Air 7 dan terus memasuki Jalan Haji Miskan.

“Apabila sampai di jalan itu, pemandu disyaki melompat keluar dari kenderaan yang masih bergerak, sekali gus menyebabkan MPV berkenaan terbabas ke parit di sebelah kiri jalan.

“Pemandu terbabit dapat melarikan diri, namun seorang lelaki di tempat duduk penumpang hadapan berjaya ditahan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan ke atas suspek berusia 27 tahun itu menemui 19 peket dadah disyaki jenis syabu seberat 15.5 gram di dalam beg sandangnya.

“Dadah terbabit dianggarkan bernilai RM450. Hasil semakan lanjut mendapati suspek yang mengalami kecederaan ringan di kaki kiri, turut mempunyai rekod lampau dadah.

See also  Video✓✓Nahas 2 maut: Lelaki pandu Triton lawan arus positif ganja

“Malah, ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine,” katanya.

Chee Khoon berkata, suspek kemudian diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam untuk siasatan lanjut.

Susulan itu, beliau berkata, polis sudah mengenal pasti identiti pemandu MPV terbabit dan usaha memburunya sedang giat dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya.

Terdahulu, tular rakaman video dalam laman sosial yang menunjukkan sebuah MPV dipandu secara lawan arus sambil dikejar polis.

See also  Cctv rakam aksi Cabut lari selepas isi minyak penuh tangki

 

Video berdurasi 1 minit 2 saat itu turut mendapat perhatian netizen yang rata-rata mengecam tindakan pemandu MPV terbabit kerana membahayakan pengguna jalan raya lain.

 

#beritaharian

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " VIDEO Avanza bawa syabu pecut  lawan arus 2km elak ditahan polis " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

133177
Users Today : 1572
Users Yesterday : 1551
Users Last 7 days : 20489
Users Last 30 days : 69192
Users This Month : 26902
Users This Year : 133176
Total Users : 133177
Views Today : 2519
Views Yesterday : 2577
Views Last 7 days : 31862
Views Last 30 days : 108204
Views This Month : 41838
Views This Year : 204228
Total views : 204229
Who's Online : 3
Your IP Address : 35.172.223.251
Server Time : 2022-08-11
0Shares