Apa kata undang-undang Malaysia Jika Kita Langgar Peragut?

Apa kata undang-undang Malaysia Jika Kita Langgar Peragut?

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Sekiranya kes ragut berlaku di depan mata anda ketika memandu, salah kah kalau anda ingin membantu mangsa dengan melanggar peragut tersebut?

 

Kes ragut bukanlah asing di negara ini kerana boleh dikatakan hari-hari ada kes ragut. Bahkan ada peragut yang berani untuk meragut mangsa di khalayak ramai tanpa perasaan takut. Namun bagi sesetengah kes ragut yang berlaku, ada mangsa yang cuba melawan dan mengejar kembali peragut dan ada juga yang dibantu oleh orang awam yang berada di tempat kejadian.

 

Dalam usaha menahan peragut, pelbagai cara akan digunakan oleh mangsa atau orang awam. Ada yang cuba menghalang laluan mereka dengan kereta, ada juga yang bertindak melanggar peragut tersebut sehingga cedera parah atau maut. Bila perkara seperti ini berlaku, ada yang akan beranggapan bahawa peragut tersebut telah mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatannya.

*Kredit foto: Berita Harian

 

Tetapi, adakah undang-undang Malaysia memberikan anda hak untuk mengejar peragut dan melanggar mereka? Adakah anda akan didakwa sekiranya peragut tersebut cedera parah atau maut?

 

Walaupun anda bukanlah mangsa kejadian, tetapi menurut Seksyen 27, Kanun Tatacara Jenayah, orang awam dibenarkan untuk memberkas seseorang individu tanpa waran sekiranya seseorang itu melakukan jenayah yang tidak boleh dijamin (non-bailable offense) seperti rogol dan mencuri.

See also  Wanita cedera ditikam pada paha dalam cubaan samun

Citizen Arrest

 

Perkara itu disebut sebagai tangkapan awam (citizen arrest) di mana orang awam dibenarkan untuk mengejar dan menahan suspek. Anda perlu memaklumkan perkara ini kepada pihak berkuasa serta-merta untuk mereka menahan suspek secara rasmi.

 

Meskipun anda dibenarkan untuk membantu menangkap suspek, tapi itu tidak termasuk tindakan keterlaluan seperti melanggar motosikal yang dinaiki peragut terbabit dan memukul peragut tersebut sehingga lunyai. Anda boleh ditahan jika peragut tersebut cedera parah atau lebih teruk, maut.

 

*Kredit foto: Berita Harian

 

Prinsip Kekadaran (Principle of Proportionality)

 

Prinsip kekadaran ini bermakna anda tidak dibenarkan menggunakan kekerasan melainkan untuk tujuan mempertahankan diri sahaja. Kekadaran ini akan dinilai mengikut kes di mana pihak berkuasa akan melakukan siasatan terperinci sebelum tindakan diambil. Sebagai contoh, anda mungkin dibenarkan untuk melanggar motor suspek supaya mereka tidak melarikan diri.

 

Tetapi anda tidak dibenarkan untuk melanggar mereka beberapa kali dengan sengaja atau menggilis mereka dengan kereta sehingga boleh menyebabkan cedera parah atau maut. Bukan itu sahaja, anda turut tidak dibenarkan untuk memukul suspek sehingga lembik ketika suspek sudah tidak melawan kerana anda boleh didakwa kerana cuba mencederakan seseorang dengan sengaja.

 

Ini kerana tujuan anda melanggar peragut terbabit hanyalah untuk merampas kembali harta yang diragut. Jika peragut telah menyerah diri dan harta tersebut telah diperolehi, anda tidak boleh lagi menggunakan alasan mempertahankan diri jika anda terus mencederakan mereka sehingga mati. Walaupun peragut itu melakukan jenayah, orang awam tiada hak untuk memukul atau mencederakan peragut kerana mereka perlu dihadapkan ke mahkamah terlebih dahulu untuk dibicarakan.

See also  Video@Bawa Geng 20 kaki pukul kononnya kerana berang isterinya jadi mangsa cabul bekas majikan

 

Undang-Undang Lindung Suspek?

 

Memandangkan undang-undang tidak membenarkan orang awam atau mangsa untuk mencederakan peragut, wujud tanggapan bahawa suspek seakan-akan lebih dilindungi oleh undang-undang berbanding mangsa. Sebenarnya, undang-undang Malaysia juga melarang warganegara untuk mengambil tindakan vigilantisme dengan bertindak melulu secara sendiri kerana kita ada pihak berkuasa seperti polis.

 

Sebagai contoh, pada tahun 2013 lalu, terdapat satu kes di mana sebuah Proton Wira telah bertindak melanggar motosikal suspek yang sedang meragut mangsa di depan matanya. Malangnya, kereta itu turut terlanggar mangsa yang berada berdekatan dengan peragut pada ketika itu sehingga maut. Bayangkan, mangsa yang nak ditolong dah mati, tapi peragut itu selamat dan siap boleh melarikan diri. Kan dah naya tu? Seeloknya, serahkan saja hal ini kepada pihak berkuasa yang lebih arif tentang undang undang seperti pihak polis.

 

Apa Yang Boleh Dilakukan?

 

Nasihat terbaik yang boleh diberikan kepada anda adalah dengan mengutamakan keselamatan diri serta orang lain di sekeliling anda. Cuba kekang diri anda daripada bertindak seperti hero yang mungkin akan mencederakan orang lain atau diri anda sendiri. Sebaiknya, hubungi polis dan maklumkan kepada mereka jika perkara ini berlaku di depan mata anda agar tindakan selanjutnya dapat diambil. Cuba dapatkan segala maklumat mengenai jenis dan nombor plat kenderaan peragut serta deskripsi peragut dan juga berapa peragut yang terlibat. Kesemua maklumat ini akan membantu pihak berkuasa mengesan dan menangkap peragut berkenaan.

See also  MOTORSIKAL Y15 DICURI DI TAMAN SAMUDERA

 

Kesimpulannya, kes langgar peragut ini bergantung pada sesuatu kes itu sendiri. Segala perbuatan akan dinilai sebelum keputusan dibuat. Seeloknya, elakkan daripada melanggar peragut menggunakan kereta kerana anda berisiko untuk mencederakan atau membunuh suspek. Tetapi anda boleh menggunakan kereta anda untuk menghalang suspek daripada melarikan diri asalkan tidak keterlaluan. Jika anda tidak yakin, elakkan daripada bertindak melulu dengan mengejar peragut kerana keselamatan mangsa ragut itu yang sepatutnya menjadi keutamaan anda, bukanlah peragut itu.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Apa kata undang-undang Malaysia Jika Kita Langgar Peragut? " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156130
Users Today : 920
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24525
Users Last 30 days : 79954
Users This Month : 49855
Users This Year : 156129
Total Users : 156130
Views Today : 1674
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 37186
Views Last 30 days : 123228
Views This Month : 76505
Views This Year : 238895
Total views : 238896
Who's Online : 8
Your IP Address : 34.236.192.4
Server Time : 2022-08-18
0Shares