‘Bonggol maut’ Bunut Payong akhirnya direndahkan dan dicat semula

‘Bonggol maut’ Bunut Payong akhirnya direndahkan dan dicat semula

PETALING JAYA – Selepas meragut satu nyawa minggu lalu, akhirnya ‘bonggol maut’ di laluan berdekatan Kampung Bukit Payong, Kota Bharu, Kelantan akhirnya dibaik pulih semula.

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Menerusi sebuah klip video yang tular di laman Facebook semalam memaparkan kerja-kerja merendahkan dan mengecat semula bonggol sedang giat dilakukan oleh pihak berkuasa.

 

Berdasarkan klip video berdurasi 10 saat itu, kelihatan beberapa jentera sedang ‘membaik pulih’ bonggol tersebut sambil diawasi oleh beberapa anggota polis.

 

Kosmo! difahamkan, bonggol itu kini sudah rendah daripada yang asal dan telah dicat semula bagi meningkatkan tahap keselamatan kepada pengguna jalan raya yang melalui laluan tersebut.

See also  VIDEO Pemandu cuba potong kereta bertembung sebuah lori

Susulan perkongsian video tersebut, rata-rata pengguna berharap agar kejadian sama yang meragut nyawa seorang pemandu kereta tidak berulang pada masa hadapan.

 

“Terima kasih kerana telah rendahkan bonggol tersebut, sangat bahaya membina bonggol yang tinggi di laluan utama.

 

“Harap selepas ini pihak berkuasa membuat kajian dahulu sebelum membina bonggol tinggi seperti itu di laluan utama,” tulis Yen Khalid.

 

Pada masa sama, pengguna turut terkilan dengan pembinaan bonggol tersebut yang telah meragut nyawa minggu lalu.

 

“Nasi sudah menjadi bubur, selepas hilang satu nyawa barulah naik baiki bonggol tersebut. Lain kali sebelum buat fikir tentang keselamatan pengguna jalan raya dahulu,”luah Adi PCB.

See also  Lelaki diseret kereta selepas melintas secara tiba-tiba

 

Kereta yang dipandu seorang jururawat merempuh sebatang tiang elektrik selepas melalui jalan berbonggol di Jalan Kuala Krai-Kota Bharu dekat Kampung Bunut Payong, Kota Bharu, Jumaat lalu.

 

Sebelum ini Kosmo! melaporkan seorang jururawat maut selepas kereta yang dipandunya terbabas merempuh tiang elektrik ketika melalui jalan berbonggol di Jalan Kuala Krai-Kota Bharu dekat Kampung Bunut Payong, Jumaat lalu.

 

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.15 petang itu, mangsa, Wan Nurintan Farahida Wan Hasan, 36,meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.-K! ONLINE

See also  (DashCam) Kanak-kanak lintas jalan parah dilanggar di depan rumah 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

 

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392 Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan); KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214 Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " 'Bonggol maut' Bunut Payong akhirnya direndahkan dan dicat semula " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

148707
Users Today : 314
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 24013
Users Last 30 days : 80105
Users This Month : 42432
Users This Year : 148706
Total Users : 148707
Views Today : 425
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 36711
Views Last 30 days : 122927
Views This Month : 64841
Views This Year : 227231
Total views : 227232
Who's Online : 32
Your IP Address : 35.168.110.128
Server Time : 2022-08-16
0Shares