Jumpa barang kemas dalam timbunan sisa kebakaran

Jumpa barang kemas dalam timbunan sisa kebakaran

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

KOTA BHARU – Sikap sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan wajar dipuji apabila bertindak memulangkan semula kepada mangsa barangan kemas bernilai RM20,000 yang ditemui dalam timbunan sisa kebakaran sebuah rumah di Kampung Tembesu, Limbat di sini pada Ahad.

 

Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Tumboh, Penolong Penguasa Bomba, El Taraff Mohd Zachariah berkata, pihaknya sebelum itu menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 5.21 petang.

 

Beliau yang juga komander operasi berkata, pasukan bomba kemudian bergegas ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 5.26 petang sebelum mendapati api marak membakar sebuah rumah berukuran 609.6 meter persegi.

See also  Video Kebakaran besar gudang alat ganti kereta terpakai

 

Api yang marak membakar sebuah rumah ketika empat penghuni berada di dalamnya di Kampung Tembesu, Limbat, Kota Bharu pada Ahad.

 

“Api dipercayai bermula dari bahagian belakang rumah ketika empat penghuni berada di dalamnya, namun kesemua mereka sempat menyelamatkan diri dan tidak cedera serta tidak ada korban nyawa.

 

“Pasukan Keluaran Operasi juga berjaya menemui sejumlah barang kemas dan menyerahkannya kepada keluarga mangsa yang terlibat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

See also  Video Kebakaran Besar Flat Seri Johor Blok 31

 

Ujar beliau, operasi membabitkan 11 anggota iaitu enam dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Tumboh manakala lima dari BBP Tunjong bersama dua jentera bomba.

 

“Usaha menyelamat turut dibantu oleh enam anggota dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tiga kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB),” katanya.

 

“Hasil pemeriksaan mendapati kebakaran melibatkan 85 peratus bahagian rumah itu,” katanya.

 

Anggota bomba menyerahkan barang kemas yang ditemui kepada mangsa.

 

Beliau berkata, Pasukan Keluaran Operasi bertugas turut berjaya menghalang kebakaran daripada merebak.

See also  Perkampungan Emas di Pahang. Penduduk Seronok Mengutip Emas Sehinggakan Ada yg Memperoleh 7KG

 

“Api dapat dapat dikawal sepenuhnya pada jam 5.41 petang dan operasi selesai pada jam 7.23 malam.

 

“Punca kebakaran dan taksiran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Jumpa barang kemas dalam timbunan sisa kebakaran " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

370223
Users Today : 1986
Users Yesterday : 3149
Users Last 7 days : 14404
Users Last 30 days : 65629
Users This Month : 59241
Users This Year : 370222
Total Users : 370223
Views Today : 2748
Views Yesterday : 4709
Views Last 7 days : 21518
Views Last 30 days : 101128
Views This Month : 91295
Views This Year : 570361
Total views : 570362
Who's Online : 19
Your IP Address : 44.210.77.106
Server Time : 2022-11-29
0Shares