Lambo tak cukup duit SmartTAG ‘menyusup’ bawah palang

Lambo tak cukup duit SmartTAG ‘menyusup’ bawah palang

 

PETALING JAYA – ‘Kereta sahaja mahal, tapi duit tol tak reti nak isi.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Itu reaksi pengguna laman sosial apabila melihat sebuah klip video yang memaparkan aksi sebuah ‘supercar’ jenis Lamborghini yang cuba mengelak dari membayar tol dengan ‘menyusup’ di bawah palang tol.

 

Menerusi klip video berdurasi 7 saat itu yang dikongsi oleh Bragkash Selvaraju di akaun Facebook miliknya memaklumkan, dia telah merakam aksi kereta mewah itu ketika melalui lorong Smart Tag di sebuah plaza tol.

See also  VIDEO] Lelaki pandu Lamborghini langgar 6 kereta dijel 2 minggu, denda RM9,000

 

Jelasnya, kenderaan yang dianggarkan berharga melebihi RM1 juta itu berjaya melalui tol dengan palang yang tidak dinaikkan.

 

Kereta dengan saiz ketinggian yang amat rendah itu membolehkan jentera tersebut ‘meloloskan diri’ di bawah palang tol berkenaan dengan begitu mudah.

 

Susulan daripada perkongsian video itu, orang ramai yang menonton video tersebut mendakwa pemandu kereta mewah itu tidak membayar tol kerana lampu di penghalang tersebut tidak bertukar menjadi warna hijau.

See also  Lima beranak merempat, ditipu majikan

 

“Kereta mahal boleh beli, tapi tol tak nak bayar, malulah sikit, saya bawa Perodua Kancil pun bayar tol lah,”kata Abang Kacil Turbo.

 

“Patut harga kereta ini sejuta lebih, sebab dia datang dengan pakej tak perlu bayar tol seumur hidup,” jelas Irfan Harith.

 

“Lampu tol langsung tak bertukar warna hijau, senang sahaja dia lalu, palang pun tak terangkat,” ujar Zakwan Reza. – K! ONLINE.

See also  Gangguan Awam Mabuk dan Makluman Tangkapan (4)(L) India di kawasan Plaza Tol Slim River

 

Oleh: NABIL AIMAN NOR AZWAN

19 September 2021, 12:09 pm

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Lambo tak cukup duit SmartTAG ‘menyusup’ bawah palang " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

363496
Users Today : 115
Users Yesterday : 1520
Users Last 7 days : 10391
Users Last 30 days : 65846
Users This Month : 52514
Users This Year : 363495
Total Users : 363496
Views Today : 142
Views Yesterday : 2349
Views Last 7 days : 16068
Views Last 30 days : 101608
Views This Month : 81407
Views This Year : 560473
Total views : 560474
Who's Online : 10
Your IP Address : 44.192.38.248
Server Time : 2022-11-27
0Shares