Lambo tak cukup SmartTAG ‘menyusup’ bawah palang elak bayar tol

Lambo ‘menyusup’ bawah palang elak bayar tol

PETALING JAYA – ‘Kereta sahaja mahal, mungkin lupa isi smartTag agaknya.

 

Itu reaksi pengguna laman sosial apabila melihat sebuah klip video yang memaparkan aksi sebuah ‘supercar’ jenis Lamborghini yang cuba mengelak dari membayar tol dengan ‘menyusup’ di bawah palang tol.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Menerusi klip video berdurasi 7 saat itu yang dikongsi oleh Bragkash Selvaraju di akaun Facebook miliknya memaklumkan, dia telah merakam aksi kereta mewah itu ketika melalui lorong Smart Tag di sebuah plaza tol.

See also  VIDEO] Lelaki pandu Lamborghini langgar 6 kereta dijel 2 minggu, denda RM9,000

 

Jelasnya, kenderaan yang dianggarkan berharga melebihi RM1 juta itu berjaya melalui tol dengan palang yang tidak dinaikkan.

 

Kereta dengan saiz ketinggian yang amat rendah itu membolehkan jentera tersebut ‘meloloskan diri’ di bawah palang tol berkenaan dengan begitu mudah.

 

Susulan daripada perkongsian video itu, orang ramai yang menonton video tersebut mendakwa pemandu kereta mewah itu tidak membayar tol kerana lampu di penghalang tersebut tidak bertukar menjadi warna hijau.

See also  {{Video }} Ceroboh tanah milik kerajaan, kontraktor pembersihan digesa dapatkan perintah mahkamah

 

“Kereta mahal boleh beli, tapi tol tak nak bayar, malulah sikit, saya bawa Perodua Kancil pun bayar tol lah,”kata Abang Kacil Turbo.

 

“Patut harga kereta ini sejuta lebih, sebab dia datang dengan pakej tak perlu bayar tol seumur hidup,” jelas Irfan Harith.

“Lampu tol langsung tak bertukar warna hijau, senang sahaja dia lalu, palang pun tak terangkat,” ujar Zakwan Reza. – K! ONLINE.

See also  Lambo tak cukup duit SmartTAG ‘menyusup’ bawah palang
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Lambo tak cukup SmartTAG ‘menyusup’ bawah palang elak bayar tol " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156044
Users Today : 834
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24439
Users Last 30 days : 79868
Users This Month : 49769
Users This Year : 156043
Total Users : 156044
Views Today : 1442
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36954
Views Last 30 days : 122996
Views This Month : 76273
Views This Year : 238663
Total views : 238664
Who's Online : 3
Your IP Address : 44.200.30.73
Server Time : 2022-08-18
0Shares