Peragut Miliki methaphetamine dilanggar suami mangsa

Peragut dilanggar suami mangsa

Kota Bharu: Cubaan lelaki untuk meragut wanita membawa padah apabila dia dilanggar suami mangsa di Kampung Binjai, di sini, 5.45 pagi semalam.

 

Dalam kejadian itu, mangsa, 29, turun dari bas ekspres dan sedang menunggu suaminya datang menjemput.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, mangsa yang baru tiba dari Negeri Sembilan turun dari bas ekspres dan menunggu suaminya di tepi jalan persimpangan Kedai Piah.

See also  [Video] Mabuk berebut parkir hingga berparang

 

“Tiba-tiba datang seorang lelaki menunggang motosikal terus meragut beg tangan mangsa.

 

“Suami mangsa yang kebetulan tiba di tempat kejadian, bertindak melanggar motosikal suspek dengan kereta yang dipandunya namun lelaki itu cuba melarikan diri.

 

“Berlaku pergelutan antara suspek dan suami mangsa namun lelaki itu berjaya ditahan dengan bantuan dua orang awam lain yang melalui tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

 

Abdul Rahim berkata, wanita itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan suaminya hanya luka di telinga kiri akibat pergelutan manakala suspek yang berusia 29 tahun itu luka di tangan serta lutut dan dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan.

See also  Polis buru banduan lolos

 

Menurutnya lagi, pemeriksaan ke atas beg pinggang milik suspek yang berasal dari Pulai Chondong, Machang itu turut menjumpai satu paket lutsinar mengandungi serbuk kristal disyaki dadah.

 

“Ujian saringan mendapati suspek positif dadah jenis Methampethamine dan memiliki 14 rekod lampau bersabit dadah dan jenayah.

See also  NOMBOR KENDERAAN ‘FANCY’, TUNGGU ‘SURAT CINTA’ POLIS JOHOR

 

“Permohonan reman sedang dibuat dan kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan (KK),” katanya.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Peragut Miliki methaphetamine dilanggar suami mangsa " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

146316
Users Today : 2765
Users Yesterday : 4727
Users Last 7 days : 21622
Users Last 30 days : 77714
Users This Month : 40041
Users This Year : 146315
Total Users : 146316
Views Today : 3785
Views Yesterday : 6797
Views Last 7 days : 32842
Views Last 30 days : 119058
Views This Month : 60972
Views This Year : 223362
Total views : 223363
Who's Online : 46
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-15
0Shares