Wanita tular masuk Islam semakin sembuh COVID-19

Wanita tular masuk Islam semakin sembuh COVID-19

Firdaus menafikan ibunya dipaksa memeluk Islam di wad berkenaan seperti tular sebelum ini

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

SANDAKAN: Wanita yang videonya tular memeluk Islam sejak semalam, kini semakin sembuh daripada COVID-19.

Anak kedua wanita itu, Fringco John Wayne @ Firdaus Abdullah, 45, berkata video berkenaan dirakam pada 9 September lalu.

 

Ibunya, Laimi Tinggi @ Nur Laila Abdullah, 65, dimasukkan ke wad COVID-19 di Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan, pada 4 September selepas cedera akibat terjatuh.

 

“Selepas ke hospital, ibu turut disahkan dijangkiti COVID-19. Sejak itu, kesihatan ibu semakin merosot. Pada pagi 9 September doktor kemudian menghubugi saya dan memaklumkan ibu berada di tahap lima COVID-19.

See also  'Aku sudah sah Islam' - Pesakit Covid-19

 

“Saya kemudian meminta petugas wad membantu agar saya dapat membuat panggilan video bersama adik-beradik yang lain,” katanya ketika ditemui hari ini.

 

Firdaus Abdullah. – Foto NSTP/Hazsyah Abdul Rahman

 

Firdaus berkata, ketika dalam panggilan video itu, ibunya sempat meluahkan hasrat untuk memeluk Islam jika keluar wad kelak.

 

“Melihat keadaan ibu yang merisaukan ditambah lagi dengan sakit buah pinggang tahap empat, saya meminta pertolongan petugas hospital membantu ibu melafazkan khalimah syahadah pada hari berkenaan.

See also  Rumah Degil Di Chow Kit

 

“Alhamdulillah dengan bantuan tiga jururawat, ibu akhirnya memeluk Islam dan kami adik-beradik sangat gembira sehingga menitiskan air mata. Kami juga meminta keadaan itu dirakamkan,” katanya sambil menambah empat daripada lima adik beradiknya sudah lama memeluk Islam.

 

“Jadi bermula selepas itu hari demi hari kesihatan ibu semakin baik. Dia kembali ada tenaga dan beberapa hari lalu bekalan oksigen pun sudah dibuka,” katanya.

 

Dalam pada itu, Firdaus menafikan ibunya dipaksa memeluk Islam di wad berkenaan seperti tular sebelum ini.

See also  SKMM arah Celcom, Maxis, TuneTalk Dan Webe hentikan Promosi Dan Pengiklanan Yang Mengelirukan Pengguna 

 

“Kami yang meminta jururawat melakukan perkara berkenaan. Jadi saya harap tiada pihak melemparkan tohmahan kepada jururawat dan pihak hospital,” katanya.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Wanita tular masuk Islam semakin sembuh COVID-19 " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

372164
Users Today : 779
Users Yesterday : 3148
Users Last 7 days : 15476
Users Last 30 days : 64599
Users This Month : 61182
Users This Year : 372163
Total Users : 372164
Views Today : 1159
Views Yesterday : 4591
Views Last 7 days : 23185
Views Last 30 days : 99511
Views This Month : 94297
Views This Year : 573363
Total views : 573364
Who's Online : 21
Your IP Address : 44.201.99.222
Server Time : 2022-11-30
0Shares