Geram tapi tiada guna berdendam pun

Geram tapi tiada guna berdendam

 

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Keadaan bapa membuatkan saya berhenti sekolah dan bekerja di sebuah kedai makan sejak berusia 15 tahun kerana mahu mencari pendapatan untuk menampung hidup kami sekeluarga,” katanya.

 

Sungai Petani: “Saya minta maaf kepada semua dan maafkan ejen berkenaan,” kata Siti Rohani Ismail, 22, yang kisahnya tular kerana ditinggalkan ejen pekerjaan di sebuah klinik di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, minggu lalu selepas disahkan positif Covid-19 sejurus menjalani ujian calitan.

 

Menurutnya, dia tidak tahu dijangkiti Covid-19 selain enggan menyimpan dendam kepada ejen yang tergamak meninggalkannya seorang diri ketika itu.

 

“Kalau ikutkan geram, siapapun yang ada di tempat saya akan marah kepada ejen berkenaan namun saya rasa memaafkan seseorang itu lebih mulia daripada terus menyimpan dendam kerana ia tidak membawa sebarang kebaikan.

 

“Saya juga meminta maaf kepada penumpang bas kilang serta individu yang sudi membantu menghubungi ambulans dan memberi air walaupun tahu saya positif Covid-19,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

See also  Polis siasat video sekumpulan individu makan durian

 

Menceritakan kembali kejadian itu, Siti Rohani berkata, dia yang lengkap menerima dua dos vaksin teruja apabila diterima bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Prai sebelum dijemput seorang wanita yang juga ejen pekerjaan.

 

“Ejen menjemput saya dan sepupu di rumah dengan kereta jam 7.30 pagi Rabu minggu lalu untuk dibawa ke kilang dan selepas mengisi borang kami dibawa pula ke klinik untuk ujian calitan.

 

“Ketika itu, kami dibawa menaiki bas kilang dan ejen terbabit juga turut ada bersama namun keputusan ujian calitan mendapati hanya saya seorang positif Covid-19,” katanya yang masih menjalani kuarantin di rumah di Taman Kelisa Ria.

 

Menurutnya, kerana bimbang dengan keselamatan pekerja lain, ejen terbabit meninggalkannya dan meminta dia menaiki bas untuk pulang atau ke hospital.

 

“Saya tergamam seketika kerana hanya mempunyai wang RM4 ketika itu selain tidak mengetahui selok belok jalan di kawasan terbabit.

See also  Info COVID-19 27 OGOS 2021 82% tahap 1&2

 

“Bagaimanapun, saya terus berjalan tanpa arah bermula jam 11 pagi dan tiba di sebuah kedai makan kira-kira jam 2 petang untuk membeli air kerana terlalu dahaga,” katanya yang juga hampir pitam ketika itu kerana mempunyai tekanan darah rendah.

 

Menurutnya, dia terpaksa berhenti beberapa kali kerana terlalu penat dan sebaik tiba di kedai makan terbabit dia memesan air dan turut mengaku yang dirinya posiitif Covid-19.

 

“Saya perlu jujur kerana bimbang orang lain juga turut dijangkiti dan syukur anak pemilik kedai terbabit terus menghubungi hospital yang kemudian menghantar ambulans membawa saya pulang.

 

“Terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu dan sehingga kini tidak putus menghulurkan sumbangan kepada kami sekeluarga,” katanya.

 

See also  Info COVID-19 Hari ini 18 Ogos 2021

Siti Rohani berkata, dia memang dilahirkan dalam keluarga susah dan sebagai anak sulung daripada empat beradik terpaksa menggalas tanggungjawab untuk mencari pendapatan kerana bapanya hanya bekerja sebagai pengutip botol.

 

“Bapa tidak mampu melakukan kerja berat kerana kaki kanan dimasukkan besi akibat kemalangan ketika menunggang motosikal kira-kira tujuh tahun lalu.

 

“Keadaan bapa membuatkan saya berhenti sekolah dan bekerja di sebuah kedai makan sejak berusia 15 tahun kerana mahu mencari pendapatan untuk menampung hidup kami sekeluarga,” katanya.

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Geram tapi tiada guna berdendam pun " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

367295
Users Today : 2207
Users Yesterday : 1707
Users Last 7 days : 11927
Users Last 30 days : 64274
Users This Month : 56313
Users This Year : 367294
Total Users : 367295
Views Today : 3293
Views Yesterday : 2573
Views Last 7 days : 18189
Views Last 30 days : 99330
Views This Month : 87131
Views This Year : 566197
Total views : 566198
Who's Online : 24
Your IP Address : 18.207.136.189
Server Time : 2022-11-28
0Shares