Lelaki pengsan beratur tengah panas tunggu vaksin

Lelaki pengsan beratur tengah panas tunggu vaksin

“Berpanas beratur untuk vaksin di Dewan Sivik MBPJ. Allahuakbar tidak sistematik betul. Ini ada yang boleh pengsan kalau terus begini,”

 

PETALING JAYA – Seorang lelaki dikatakan pengsan ketika sedang beratur menunggu giliran masuk ke Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk menerima suntikan vaksin secara ‘walk-in’, hari ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Sebuah klip video berdurasi 20 saat menunjukkan lelaki yang memakai baju berwarna ungu itu diangkat di atas pengusung sebelum dimasukkan ke dalam sebuah ambulans oleh pasukan paramedik untuk rawatan lanjut.

See also  Ibu jadi 'korban' demi selamatkan pesakit COVID-19

 

Klip video itu dikongsi secara meluas diaplikasi WhatsApp dan dewan tersebut dikatakan menjadi lokasi individu bawah 18 tahun untuk mendapatkan suntikan vaksin dengan orang ramai dilihat dibiarkan beratur panjang dalam suasana panas terik.

 

“Pengsan bukan sebab disuntik vaksin tetapi disebabkan berdiri di bawah panas terik,” ujar kapsyen hantaran video tersebut.

 

Kosmo! mendapat maklumat bahawa individu yang berusia bawah 18 tahun hanya boleh menerima vaksin Pfizer dengan dewan tersebut merupakan antara Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang menerima individu secara ‘walk-in’ selain di Axiata Bukit Jalil dan Klinik Kesihatan Daerah.

See also  VIDEO Tangkapan kerana mengganggu orang awam di PPV UniSham Baling

 

Dalam hal ini, ibu bapa atau penjaga dikehendaki menemani anak masing-masing di samping perlu membawa surat tawaran dari Institusi Pengajian Tinggi.

 

Seorang ibu dikenali sebagai Yatimah Rasidi turut merungut apabila anaknya terpaksa beratur di tengah panas untuk mendapatkan suntikan vaksin di lokasi berkenaan hari ini.

 

“Berpanas beratur untuk vaksin di Dewan Sivik MBPJ. Allahuakbar tidak sistematik betul. Ini ada yang boleh pengsan kalau terus begini,” tulisnya dalam status Facebook miliknya hari ini.

 

“Sudah sama macam pekerja asing mereka buat,” ujar Mohd Hanifah Khairi.

See also  Info Grafik Status Terkini COVID-19, 9 Ogos 2021

 

“Bukankah lebih elok buat di sekolah masing-masing supaya tidak menyusahkan anak dan ibu bapa,” komen Zauyah pula. – K! ONLINE

[VIDEO] Wanita pengsan di PPV gara-gara tidak bersarapan

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Lelaki pengsan beratur tengah panas tunggu vaksin " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

139388
Users Today : 564
Users Yesterday : 3536
Users Last 7 days : 21517
Users Last 30 days : 74044
Users This Month : 33113
Users This Year : 139387
Total Users : 139388
Views Today : 753
Views Yesterday : 5142
Views Last 7 days : 33401
Views Last 30 days : 114568
Views This Month : 51143
Views This Year : 213533
Total views : 213534
Who's Online : 32
Your IP Address : 18.207.157.152
Server Time : 2022-08-14
0Shares