Uncle Kentang bagi pinjam kereta, awak pandulah elok-elok

Uncle Kentang bagi pinjam kereta, awak pandulah elok-elok

 

Kuala Lumpur: “Bila kita dapat sesuatu bantuan, sepatutnya perlulah dihargai dan dijaga dengan baik,” kata aktivis sosial, Kuan Chee Heng.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Kuan, 57, atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang memberi respon itu selepas diminta mengulas mengenai insiden satu daripada kereta bantuan miliknya yang rosak akibat kecuaian peminjam.

 

“Teguran ini juga ditujukan kepada semua yang meminjam kenderaan kami supaya menjaga dan memandulah dengan baik.

See also  Wanita maut dirempuh Myvi ketika bantu mangsa kemalangan

 

“Bukanlah saya marah kerana kemalangan boleh berlaku di mana-mana saja, tetapi alasan baca mesej sambil memandu tidak boleh diterima,” katanya dihubungi hari ini.

 

Menurutnya, setakat ini, pihaknya mempunyai 20 kereta bantuan yang diberi pinjam secara percuma untuk kegunaan golongan yang memerlukan menambah pendapatan.

 

“Kita beri pinjam kereta itu untuk dia buat penghantaran, supaya ada sedikit pendapatan. Tetapi tidak sangka, semalam kita bagi, esok sudah rosak.

See also  Rangkuman Detik Cemas Kema

 

“Apabila jadi macam ini, kita yang perlu tanggung kos, memanglah boleh tuntut insurans tetapi tidak moleklah,” katanya.

 

Terdahulu, beliau memuat naik hantaran gambar kereta yang rosak akibat terbabit dalam kemalangan dengan mesej ringkas.

 

Perkongsian itu turut menimbulkan pelbagai reaksi ramai yang kesal dengan perbuatan tidak bertanggungjawab penerima bantuan terbabit.

See also  Isi Minyak Penuh atau Sikit-Sikit?
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Uncle Kentang bagi pinjam kereta, awak pandulah elok-elok " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

363566
Users Today : 185
Users Yesterday : 1520
Users Last 7 days : 10461
Users Last 30 days : 65916
Users This Month : 52584
Users This Year : 363565
Total Users : 363566
Views Today : 243
Views Yesterday : 2349
Views Last 7 days : 16169
Views Last 30 days : 101709
Views This Month : 81508
Views This Year : 560574
Total views : 560575
Who's Online : 8
Your IP Address : 44.192.38.248
Server Time : 2022-11-27
0Shares