Video✓✓Pemandu lori dikesan memandu positif dadah, rupanya

Pemandu positif dadah, rupanya..

 

Shah Alam: Akibat memandu dalam keadaan mengantuk, lori dipandu seorang lelaki, hilang kawalan lalu terbabas di Kilometer 10.9 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) menghala ke arah Subang, semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Video kemalangan yang berlaku selepas susur ke Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) itu tular di media sosial, dipercayai daripada rakaman salah seorang pengguna jalan raya ketika melalui jalan sama.

 

Menerusi video itu, kelihatan lori terbabit dari lorong kanan, kemudian terhuyung-hayang sebelum terbabas memasuki lorong kiri, lalu terbalik.

See also  Polis siasat pergaduhan di Seremban 2

 

Keadaan itu menyebabkan penunggang motosikal yang merakam kejadian itu terpaksa memperlahankan dan menghentikan kenderaannya secara tiba-tiba.

 

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol dalam satu kenyataan, hari ini, mengesahkan kejadian itu yang berlaku jam 8.30 pagi itu.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati, lori dipandu seorang lelaki berumur 33 tahun hilang kawalan secara tiba-tiba kerana pemandunya dipercayai tertidur lalu terbabas.

 

“Selang beberapa minit kemudian, sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki dari arah yang sama gagal mengelak dan terlanggar lori berkenaan (tiada dalam rakaman).

See also  Polis siasat anggota PDRM mesej wanita selepas tahan di sekatan jalan

 

“Bagaimanapun, lelaki berkenaan hanya cedera ringan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Ramsay berkata, ujian saringan air kencing mendapati pemandu lori itu positif methamphetamine.

 

“Suspek dibawa ke mahkamah hari ini untuk permohonan reman atas kesalahan mengikut Seksyen 15(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

 

“Bagi kesalahan trafik pula, kes disiasat mengikut Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu kenderaan semasa di bawah pengaruh dadah.

 

Beliau berkata, saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Hasrul Suhiami di talian 011-31215697.

See also  Dua bergelar Datuk dalang dadah Felda dicekup
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Video✓✓Pemandu lori dikesan memandu positif dadah, rupanya " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

378084
Users Today : 1679
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16223
Users Last 30 days : 61474
Users This Month : 5088
Users This Year : 378083
Total Users : 378084
Views Today : 2273
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 24150
Views Last 30 days : 94402
Views This Month : 7438
Views This Year : 582132
Total views : 582133
Who's Online : 12
Your IP Address : 35.172.224.102
Server Time : 2022-12-03
0Shares