5 lelaki dicekup simbah cat, lakukan ugutan

5 lelaki dicekup simbah cat, lakukan ugutan

 

JOHOR BAHRU – Polis menahan lima lelaki yang disyaki terlibat dengan kejadian simbah cat pada kenderaan, rumah dan menghantar surat ugutan jenayah di enam lokasi berasingan di sekitar Johor Bahru dan Melaka antara Khamis hingga semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kesemua suspek berusia antara 18 hingga 39 tahun itu ditahan susulan kegiatan yang dipercayai dilakukan di beberapa lokasi di daerah ini dan Pontian.

 

Serbuan dibuat susulan laporan mangsa yang memaklumkan sebuah kenderaan miliknya telah disimbah cat merah dan terdapat sekeping nota ugutan jenayah dilekatkan di pintu pagar rumah pengadu pada jam 6.33 petang, Isnin lalu.

See also  Pemilik Mercedes-Benz guna lampu strob dicari

 

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis

dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan telah berjaya menahan lima suspek dalam serbuan di enam lokasi berasingan di kawasan Johor Bahru dan Melaka.

 

“Hasil pemeriksaan rekod jenayah lampau kesemua suspek mendapati dua daripadanya mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan jenayah dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Dalam serbuan itu, polis turut merampas pelbagai peralatan, iaitu tujuh telefon bimbit pelbagai jenis, enam helai kertas catatan

See also  Berlari 1.2 Km Cari Bantuan

berbaur ugutan dan sebatang pen ‘marker’.

 

Raub berkata, hasil siasatan juga mendapati kesemua suspek telah menerima upah daripada seorang lelaki yang tidak dikenali sebanyak RM400 sehingga RM650 setiap satu pekerjaan

yang dilakukan.

 

Kesemua suspek berurusan dengan lelaki terbabit dengan menggunakan aplikasi WhatsApp.

 

“Hasil ujian saringan air kencing kelima-lima suspek mendapati salah seorang suspek berusia 39 tahun positif dadah jenis Methamphetamine.

 

Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, jika disabit

See also  {{Video}} Polis dan Masyarakat Terbaik abang polis perihatin

kesalahan boleh dihukum dua tahun penjara atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

 

Kesemua suspek direman antara tiga dan empat hari.

 

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " 5 lelaki dicekup simbah cat, lakukan ugutan " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

367371
Users Today : 2283
Users Yesterday : 1707
Users Last 7 days : 12003
Users Last 30 days : 64350
Users This Month : 56389
Users This Year : 367370
Total Users : 367371
Views Today : 3408
Views Yesterday : 2573
Views Last 7 days : 18304
Views Last 30 days : 99445
Views This Month : 87246
Views This Year : 566312
Total views : 566313
Who's Online : 23
Your IP Address : 18.207.136.189
Server Time : 2022-11-28
0Shares