VIDEO: Polis siasat Alphard potong kenderaan di garisan berkembar 

VIDEO: Polis siasat Alphard potong kenderaan di garisan berkembar

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Kota Bharu: Polis mengesahkan ada menerima laporan berkaitan video tular di Facebook (FB) yang memaparkan sebuah kenderaan dipercayai milik seorang timbalan menteri melanggar peraturan jalan raya.

 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan Superintendan Suhaimi Jusoh berkata, video tular yang berdurasi 38 saat itu menunjukkan rakaman kenderaan jenis Toyota Alphard warna hitam memotong kenderaan di garisan berkembar.

See also  Kasihan Suspek pecah rumah dibelasah teruk undang kemarahan penduduk dan netizen

 

Menurutnya, seorang pengguna Facebook memuat naik video dengan tajuk ‘P45.. Macam pernah tengok.. Nak terkencing barangkali, sampai Double Line pun potong..’.

 

“Berdasarkan video berkenaan, didapati pemandu kenderaan bertindak memotong beberapa kenderaan lain di garisan berkembar secara merbahaya yang mana terdapat kenderaan yang datang dari arah bertentangan.

 

“Hasil siasatan, kejadian berkenaan berlaku di laluan Bukit Marak-Binjai, berdekatan sebuah jambatan di lampu isyarat Chabang Tiga, Gong Dermin di sini.

See also  OPS NO PENDAFTARAN Kenderaan melanggar spesifikasi 

“Pihak polis akan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini

 

Menurutnya, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan agar dapat mengelak daripada berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini terutama membabitkan kehilangan nyawa.

See also  Polis dan Orang Awam bantu kereta rosak
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " VIDEO: Polis siasat Alphard potong kenderaan di garisan berkembar  " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

370493
Users Today : 2256
Users Yesterday : 3149
Users Last 7 days : 14674
Users Last 30 days : 65899
Users This Month : 59511
Users This Year : 370492
Total Users : 370493
Views Today : 3124
Views Yesterday : 4709
Views Last 7 days : 21894
Views Last 30 days : 101504
Views This Month : 91671
Views This Year : 570737
Total views : 570738
Who's Online : 10
Your IP Address : 44.210.77.106
Server Time : 2022-11-29
0Shares