Wanita maut dirempuh Myvi ketika bantu mangsa kemalangan

Wanita maut dirempuh Myvi ketika bantu mangsa kemalangan

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

KUALA LUMPUR – Seorang wanita maut dalam satu kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Lebuh Raya Maju Expressway (MEX) dari arah Bulatan Kampung Pandan menghala ke Putrajaya semalam.

 

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, kira-kira pukul 10.15 malam di kilometer 7.3 Lebuh Raya MEX, sebuah kereta jenis Proton Saga putih telah hilang kawalan dan terbabas di lorong paling kanan.

 

See also  Bayi lelaki maut dipatuk ular

“Susulan daripada itu, sebuah kereta jenis Nissan Almera berwarna putih yang dipandu seorang wanita telah berhenti di bahagian hadapan kereta Proton Saga tersebut untuk memberikan bantuan.

 

“Dalam masa yang sama beberapa kenderaan awam lain turut berhenti di bahu kiri jalan untuk memberikan bantuan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

 

Jelasnya, secara tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna Ungu yang dipandu seorang lelaki lalu merempuh dua orang mangsa yang sedang memberikan bantuan.

 

See also  Remaja OKU mangsa pukul trauma, sangka sudah mati

“Kesemua mangsa membabitkan seorang wanita berusia 43 tahun maut di lokasi kejadian manakala seorang lelaki mengalami kecedraan parah dan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” ujarnya.

 

Katanya, orang ramai dinasihati lebih berhati–hati dan mementingkan keselamatan diri ketika memberi bantuan kepada mangsa yang terlibat dengan kemalangan jalan raya terutamanya di kawasan yang berselekoh dan dalam keadaan yang gelap.

 

Tegasnya, tidak digalakkan juga untuk berhenti di kawasan kemalangan terlalu ramai bagi mengelakkan kesesakan dan ini akan menyebabkan kelewatan untuk pasukan keselamatan memberikan bantuan kepada mangsa yang terlibat dengan kemalangan.

See also  Video Ngeri lepas marah kerana Kecewa pelaburan gagal, lelaki rempuh lima pejalan kaki hingga maut

 

Sumber: K! ONLINE

Oleh: SYED MOHD HAZIQUE SYED NOR

Gambar: JPST Kuala Lumpur

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Wanita maut dirempuh Myvi ketika bantu mangsa kemalangan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

133158
Users Today : 1553
Users Yesterday : 1551
Users Last 7 days : 20470
Users Last 30 days : 69173
Users This Month : 26883
Users This Year : 133157
Total Users : 133158
Views Today : 2462
Views Yesterday : 2577
Views Last 7 days : 31805
Views Last 30 days : 108147
Views This Month : 41781
Views This Year : 204171
Total views : 204172
Who's Online : 2
Your IP Address : 35.172.223.251
Server Time : 2022-08-11
0Shares