Amerika Beri Radar Jarak Jauh Bernilai RM100 Juta Kepada Malaysia

Amerika Beri Radar Jarak Jauh Bernilai RM100 Juta Kepada Malaysia

Pemberian radar jauh itu dijangka akan meningkatkan lagi kemampuan Malaysia memantau ruang udaranya terutama di Laut China Selatan daripada segala pencerobohan pesawat asing.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Radar jarak jauh AN/TPS-77 keluaran syarikat Lockheed Martin.

Last updated Sep 29, 2021

 

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat telah mengeluarkan kontrak bernilai US$25.1 juta (RM103 juta) kepada syarikat Lockheed Martin untuk membekalkan sebuah radar jarak jauh kepada Malaysia.

 

Pakej termasuklah alat ganti dan latihan kepada anggota-anggota TUDM yang bakal mengendalikannya, sebagaimana yang telah dilaporkan oleh Defence Security Asia sebelum ini.

 

Menurut kenyataan daripada Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat bertarikh Sept 24 lalu menyebut bahawa syarikat Lockheed Martin di Liverpool, New York telah dianugerahkan kontrak bernilai US$25.1 juta untuk “Malaysia Ground Based Radar System.”

 

Kontrak perlu diselesaikan pada Sept 30, 2025.

Kos pembekalan radar jarak jauh untuk Malaysia itu dibiayai menerusi peruntukan “Fiscal 2021 Building Partner Capacity Funds” oleh kerajaan Amerika Syarikat.

See also  Punca Kapal Titanic "UNSINKABLE" karam masih satu persoalan
Anggota TUDM yang menghadiri Kursus Orientasi Operasi Radar (Radar Operations Orientation Course) oleh Western Air Defense Sector, Tentera Udara Amerika Syarikat baru-baru ini.

 

This contract provides a standalone radar system, ancillary equipment, spares, training, and an interim contract support option.

This contract includes options which, if exercised, would bring the cumulative value to $25,718,050.The location of performance is Liverpool, New York, and is expected to be completed by Sept. 30, 2025.

This contract involves Foreign Military Sales to Malaysia. This award is the result of a competitive acquisition in which two proposals were received.

Fiscal 2021 building partner capacity funds in the amount of $25,111,798 are being obligated at the time of award.

Kenyataan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat

 

Mengenai jenis radar jarak jauh yang akan dibekalkan kepada Malaysia itu, portal Malaysian Defence mengatakan ia berkemungkinan besar adalah “TPS-77” kerana merupakan produk yang dihasilkan oleh syarikat Lockheed Martin.

 

Coverage bagi radar AN/TPS-77 ini adalah sekitar 470km atau 250 Batu Nautika, dan ia adalah radar bergerak mampu diatur-gerak ke kawasan-kawasan lain sama ada menggunakan pesawat C-130 Hercules, trak atau keretapi.

See also  Usaha bawa naik KRI Nanggala 402 dihentikan

 

Mengenai lokasi penempatan radar jarak jauh yang dibekalkan oleh kerajaan Amerika Syarikat ini, terdapat kemungkinan radar Lockheed Martin ini akan ditempatkan di pangkalan udara “bare bone base” TUDM di Bintulu, Sarawak.

 

Ini kerana pemberian radar kepada Malaysia itu mungkin adalah usaha Amerika Syarikat untuk membantu kita memperkuatkan pengawasan dan pemantauan di Laut China Selatan.

 

Jadi, memang sesuailah jika radar jarak jauh itu ditempatkan di Bintulu yang terletak berhadapan dengan Laut China Selatan itu.

 

Ia akan meningkatkan keberkesanan “mata dan telinga” kita di Laut China Selatan.

Pada 12 Sept lepas, Defence Security Asia melaporkan bahawa 12 anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berada di Amerika Syarikat untuk menghadiri Kursus Orientasi Operasi Radar (Radar Operations Orientation Course) oleh Western Air Defense Sector, Tentera Udara Amerika Syarikat.

See also  Episod-1 Kisah 1983 Kapal Terbang Hilang dari Radar

 

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh oleh nationalguard.mil – kursus itu berlangsung daripada 2 hingga 27 Ogos.

 

“Kursus Orientasi Operasi Radar itu adalah latihan utama yang pertama untuk menyokong program National Defense Authorization Act Section 333 tajaan Pacific Air Forces (PACAF) dimana TUDM diberikan ‘Long Range Air Domain Awareness Radar’ menerusi peruntukan oleh kerajaan Amerika Syarikat,” menurut Komander Tentera Laut Amerika Syarikat David Hurn.

 

Hurn merupakan pegawai perhubungan Tentera Laut dan koodinator bagi State Partnership Program (SPP) untuk Western Air Defense Sector.

 

— DEFENCE SECURITY ASIA

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Amerika Beri Radar Jarak Jauh Bernilai RM100 Juta Kepada Malaysia " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156035
Users Today : 825
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24430
Users Last 30 days : 79859
Users This Month : 49760
Users This Year : 156034
Total Users : 156035
Views Today : 1412
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36924
Views Last 30 days : 122966
Views This Month : 76243
Views This Year : 238633
Total views : 238634
Who's Online : 3
Your IP Address : 44.200.30.73
Server Time : 2022-08-18
0Shares