Video✓✓RapidKL mohon maaf ejen pembersih kerja sambil lewa

RapidKL mohon maaf ejen pembersih kerja sambil lewa

 

PETALING JAYA – Sebuah klip video memaparkan dua operator pembersihan tren Rapid KL melakukan tugas sanitasi secara sambil lewa tular di laman Twitter sejak semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Klip video berdurasi 7 saat itu memperlihatkan pekerja wanita terbabit melakukan tugas itu secara ala kadar selain tidak mengelap keseluruhan permukaan seperti bahagian pemegang tangan menggunakan cecair pembasmi kuman.

 

Rapid KL dalam satu kenyataan di laman Facebook mengakui kesilapan itu dan memohon maaf kepada semua penumpang atas kegelisahan, kebimbangan dan kemarahan yang timbul akibat penyebaran video berkenaan.

See also  Video©Gempar Penduduk serbu tapak tebatan banjir cari emas

 

“Dalam video tersebut, ejen pembersih kami dilihat menjalankan tugas pembersihan ketika tren kami tiba di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Ampang yang merupakan stesen terakhir Laluan LRT Ampang dan Sri Petaling.

 

“Namun video tersebut menunjukkan tugas pembersihan dilakukan dengan tergesa-gesa serta tidak memuaskan mengikut peraturan pencegahan Covid-19 yang ditetapkan Rapid KL,” katanya semalam.

 

Menurutnya, Rapid KL telah mengambil tindakan pantas menegur pihak vendor terlibat di samping membincangkan tindakan untuk memastikan perkara itu tidak berulang pada masa akan datang.

See also  Samseng sekolah tak puas hati buli pukul junior hingga bengkak tulang rusuk

 

Dalam pada itu, syarikat kontraktor pembersihan RnD Resources Sdn. Bhd. dalam satu kenyataan akhbar berkata, tindakan tata tertib telah diambil kepada kakitangan terbabit.

 

“Pihak kami memohon maaf kepada pengguna LRT Laluan Ampang dan Rapid KL atas kekhilafan kakitangan pembersihan kami dalam melaksanakan kerja-kerja sanitasi tren.

“Kami memandang serius serta amat kesal dengan kejadian tersebut dan mereka akan diberi latihan semula dengan selengkapnya sebelum dibenarkan bertugas seperti biasa,” katanya. – K! ONLINE

See also  Video©Pengorbanan Raider penuh ranjau dan pancaroba

1 Oktober 2021, 11:33

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Video✓✓RapidKL mohon maaf ejen pembersih kerja sambil lewa " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

377898
Users Today : 1493
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16037
Users Last 30 days : 61288
Users This Month : 4902
Users This Year : 377897
Total Users : 377898
Views Today : 1979
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 23856
Views Last 30 days : 94108
Views This Month : 7144
Views This Year : 581838
Total views : 581839
Who's Online : 13
Your IP Address : 35.172.224.102
Server Time : 2022-12-03
0Shares