Video Banjir: Lapan nyaris maut, bas pekerja dihanyut arus deras

Banjir: Lapan nyaris maut, bas pekerja dihanyut arus deras

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

BINTULU: Lapan individu nyaris maut setelah bas pekerja yang dinaiki mereka dihanyutkan arus deras lalu tersadai ke bahu jalan dalam insiden yang berlaku berhampiran Bulatan Bintulu-Samalaju di Jalan Samalaju-Bintulu malam Sabtu.

 

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Bintulu, Wan kamarudin Wan Ahmad berkata, sepasukan anggota bomba dari Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bergerak ke lokasi dinyatakan sejurus sejurus menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 8.09 malam.

See also  [Video]Banjir Felda N9 Rumah Kongsi dihanyutkan arus deras.

 

“Sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati sememangnya terdapat sebuah bas yang terbabas ke bahu jalan akibat dibawa arus deras sedalam antara 2 ke 3 meter di laluan berkenaan akibat dilanda banjir kilat,” ujarnya.

 

Sejurus itu katanya, pasukan bomba menggunakan tali khas bagi menarik mangsa satu persatu dari dalam bas dan membawa mereka ke lokasi selamat.

 

Katanya, mujur kesemua mangsa yang tererangkap dalam bas berkenaan termasuk pemandunya terselamat dalam insiden yang berlaku tanpa mengalami sebarang kecederaan.

See also  Ketukan misteri terhenti selepas penduduk buat rondaan malam

 

“Kita turut difahamkan bahawa bahawa kesemua mangsa berumur 31 hingga 64 tahun itu merupakan pekerja di sebuah kilang perindustrian di Taman Perindustrian Samalaju,” jelas Wan.

 

Terdahulu katanya, sebuah lagi bas pekerja dan sebuah lori treler turut tersadai di laluan berkenaan akibat dibawa arus deras.

 

Difahamkan setakat jam 8 pagi ini, kawasan terbabit belum lagi dapat dilalui sebarang kenderaan berikutan paras air yang masih tinggi.

Oleh Ambrose Rirang

See also  Banjir: 1,535 mangsa banjir dipindahkan di Terengganu

Kategory Sarawak

Video/gambar: Media sosial

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Video Banjir: Lapan nyaris maut, bas pekerja dihanyut arus deras " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

363049
Users Today : 1188
Users Yesterday : 1961
Users Last 7 days : 9944
Users Last 30 days : 65399
Users This Month : 52067
Users This Year : 363048
Total Users : 363049
Views Today : 1892
Views Yesterday : 3012
Views Last 7 days : 15469
Views Last 30 days : 101009
Views This Month : 80808
Views This Year : 559874
Total views : 559875
Who's Online : 1
Your IP Address : 3.225.221.130
Server Time : 2022-11-26
0Shares