Video✓✓Bergaduh dengan kekasih, gadis nekad terjun kereta

Bergaduh dengan kekasih, gadis nekad terjun kereta

 

PETALING JAYA – Seorang gadis nekad terjun daripada sebuah kereta selepas didakwa bertengkar dengan kekasihnya juga dipercayai merupakan individu yang memandu kenderaan tersebut.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Menerusi perkongsian video kejadian oleh Mat Jie di laman media sosialnya, dia nyaris melanggar wanita itu selepas dia bertindak keluar daripada Perodua Myvi yang ketika itu sedang dipandu di jalan utama.

 

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor berdekatan Universiti Selangor.

See also  DashCam King hanyut ketika cuba lintas air deras

 

Ketika kejadian, kereta jenis Perodua Myvi tersebut kelihatan memperlahankan kenderaan dengan memberikan lampu isyarat kecemasan sebelum wanita itu bertindak terjun keluar.

 

Susulan daripada perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial berasa bimbang ke atas kejadian yang berlaku pada wanita tersebut dan ada juga yang turut berasa simpati.

 

“Perempuan ini masa itu dia tak fikir apa dah ini, mungkin dia meluat tengok lelaki itu, nak tumbuk dan tendang lelaki itu dia tak kuat jadi dia pun binasakan diri sendiri,” kata Amy Wan.

See also  Video©Permainan wau atau layang layang terapi meredakan tekanan.

 

“Kita tak boleh hukum mereka sebab kita tak tahu apa kes mereka, saya doakan yang si perempuan itu bersabar selesai cara baik-baik kalau rasa dah tak boleh baik putus sahaja cara elok,” ujar Faridah Abdullah Nurizda.

 

“Semoga perempuan itu baik-baik sahaja, apa yang jadi dalam kereta itu kita tak tahu tapi kalau lelaki itu naik tangan tinggalkan sahaja orang macam itu,” jelas Amira Hazman.

See also  King lagi buat hal

 

 

Sehingga kini, perkongsian video tersebut meraih lebih 4,800 tontonan dan 1,400 reaksi di akaun Facebook miliknya. -K! ONLINE

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Video✓✓Bergaduh dengan kekasih, gadis nekad terjun kereta " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156694
Users Today : 535
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23349
Users Last 30 days : 78780
Users This Month : 50419
Users This Year : 156693
Total Users : 156694
Views Today : 948
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35361
Views Last 30 days : 121298
Views This Month : 77499
Views This Year : 239889
Total views : 239890
Who's Online : 5
Your IP Address : 3.238.225.8
Server Time : 2022-08-19
0Shares