Perkhidmatan WhatsApp, FB dan Instagram tergendala
Kuala Lumpur: Perkhidmatan gergasi social media iaitu Facebook, Instagram dan WhatsApp dilaporkan sedang menghadapi masalah dan pengguna tidak berupaya untuk menerima suapan baharu.


Berdasarkan laporan DownDetector menyatakan masalah itu dikesan berlaku pada jam 11.30 malam (waktu Malaysia) untuk ketiga-tiga perkhidmatan berkenaan.
Laporan itu juga menyatakan bahawa lebih 40,000 pengguna ketiga-tiga perkhidmatan berkenaan sudah mengemukakan aduan berhubung gangguan terbabit.
Berdasarkan perangkaan awal, sebanyak 43 peratus pengguna menghadapi masalah berkenaan dan 27 peratus pengguna tidak dapat menghantar mesej menerusi aplikasi berkenaan.
Wujud juga laporan menyatakan bahawa ia mungkin berpunca daripada pelayan utama aplikasi berkenaan menghadapi gangguan perkhidmatan.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Perkhidmatan WhatsApp, FB dan Instagram tergendala " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.