Abang askar buat gangguan seksual ketika beli vape

Abang askar buat gangguan seksual ketika beli vape

Maksiat terbuka sebegini tidak boleh dibiarkan tanpa tindakan lebih lebih lagi melibatkan pasukan keselamatan negara.

 

PETALING JAYA- Seorang askar dilihat mencemari kredibiliti sebagai anggota keselamatan apabila dia didakwa melakukan serangan gangguan seksual terhadap seorang jurujual wanita di sebuah kedai vape.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Jari mangsa dihisap oleh suspek ketika mahu merasai perisa vape dalam satu kejadian di Keramat tadi.

Lebih menjijikkan, askar terbabit bukan sahaja dilihat memegang tangan jurujual wanita itu ketika mahu merasai perasa vape,malah turut bertindak menghisap jari mangsa.

 

Berdasarkan perkongsian seorang pengguna Facebook, Amir Hamzah Abdul Hamid, kejadian tersebut dilaporkan berlaku di sebuah kedai vape dekat Keramat, Kuala Lumpur dan mangsa hanya berseorangan ketika itu.

See also  Op benteng tldm usir 25 bot nelayan indonesia dari perairan negara

 

“Abang askar dekat Keramat punya gangguan seksual boleh tahan, datang kedai vape konon nak beli, dia nampak penjaga kedai itu perempuan dan berseorangan, terus buat gangguan seksual.

 

“Dia minta untuk rasa perasa vape, bila mangsa nak bagi, dia tolak tepi ‘pod’ itu, dia genggam tangan dan lepas itu hisap jari mangsa,” katanya tadi.

 

Jelasnya, mangsa yang pertama kali berdepan situasi tersebut terus tergaman selepas suspek merupakan seorang askap lengkap beruniform.

 

“Siapa-siapa yang ada dalam situasi itu mesti tergamam, kebetulan seorang pula dalam kedai, mahu lari, ada lagi seorang askar di luar kedai, bimbang jadi perkara lebih pelik.

See also  Masalah rumah tangga punca askar mengamuk tembak diri sendiri

 

“Situasi ini baharu saja jadi, siapa-siapa kawan dengan abang askar itu, tolong kirim salam dekat dia, laporan polis telah dibuat oleh mangsa,” ujarnya.

Dalam pada itu, Amir Hamzah turut mendedahkan perkara seperti itu banyak kali terjadi cuma mangsa banyak mengambil pendekatan berdiam diri selepas laporan polis dibuat.

 

Antara kes gangguan seksual yang sering berlaku termasuklah tindakan menunjukkan alat sulit, memegang tangan ketika mengambil duit baki serta beberapa insiden lain. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

See also  'Tak boleh sesuka hati masuk kampung kami'

 

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392 Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan); KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214 Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Abang askar buat gangguan seksual ketika beli vape " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156101
Users Today : 891
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24496
Users Last 30 days : 79925
Users This Month : 49826
Users This Year : 156100
Total Users : 156101
Views Today : 1628
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 37140
Views Last 30 days : 123182
Views This Month : 76459
Views This Year : 238849
Total views : 238850
Who's Online : 4
Your IP Address : 34.236.192.4
Server Time : 2022-08-18
0Shares