Hantar pulang ‘tauke’ warga asing

Hantar pulang ‘tauke’ warga asing

SAUDARA PENGARANG,

 

SEORANG ‘tauke’ warga asing yang merupakan pengusaha kilang pakaian ditahan Jabatan Imigresen minggu lepas seperti dilaporkan banyak media massa. Suspek berkenaan yang merupakan warga Bangladesh disyaki memperoleh pas lawatan kerja sementara (PLKS) dikeluarkan sindiket ID-Hack dan membuka syarikat dengan kerjasama rakyat tempatan.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Kementerian Dalam Negeri khususnya Jabatan Imigresen perlu mengkaji kelemahan dalam pengurusan pekerja asing kerana mereka yang sepatutnya bekerja dengan majikan tiba-tiba boleh membuka syarikat dan kilang sendiri. Hinggakan perniagaan milik warga Aceh, Bangladesh dan Pakistan boleh ditemui di banyak lokasi di seluruh negara dan bukan lagi tertumpu setakat di Chow Kit atau Jalan Silang di Kuala Lumpur seperti dahulu.

See also  Lari dari serbuan,dua warga Ghana nekad terjun tasik  

 

Kilang dan syarikat kontraktor swasta dibuka menggunakan nama rakyat tempatan. Pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti biasa memberi alasan premis-premis tersebut mempunyai lesen sah. Taktik warga asing menggunakan nama orang kita untuk berniaga bukan baru berlaku setahun, dua ini. Sepatutnya sudah ada langkah atau tindakan bagi mengatasi perkara ini menerusi kolaborasi pelbagai jabatan seperti Jabatan Imigresen, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan PBT.

See also  Ajak isteri orang bersetubuh, warga Indonesia mati dibunuh

 

Sepatutnya pekerja asing yang didapati terlibat dalam perniagaan yang menyalahi undang-undang perlu dihantar balik. Sudah tiba masanya kerajaan tidak lagi berlembut dalam bertindak terhadap rakyat tempatan yang sanggup dipergunakan warga asing demi bayaran wang ringgit.

 

Lesen dan peluang berniaga sepatutnya menjadi hak warganegara tetapi sudah direbut rakyat asing disebabkan sikap orang kita sendiri.

See also  ORANG DIKEHENDAKI JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

 

Sumber https://www.utusan.com.my/rencana/forum/2021/10/hantar-pulang-tauke-warga-asing/

PEMERHATI Kuala Lumpur

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Hantar pulang ‘tauke’ warga asing " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

148728
Users Today : 335
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 24034
Users Last 30 days : 80126
Users This Month : 42453
Users This Year : 148727
Total Users : 148728
Views Today : 452
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 36738
Views Last 30 days : 122954
Views This Month : 64868
Views This Year : 227258
Total views : 227259
Who's Online : 33
Your IP Address : 35.168.110.128
Server Time : 2022-08-16
0Shares