Polis kesan lelaki cabul wanita di kedai vape

Polis kesan lelaki cabul wanita di kedai vape

Rakaman CCTV yang tular di media sosial.

 

AMPANG – Polis sedang mengesan seorang lelaki yang terbabit dalam kes cabul seorang wanita di sebuah kedai vape di Taman Keramat di sini pada Selasa.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1 petang, mangsa berusia 18 tahun yang juga pekerja kedai vape itu didatangi seorang lelaki berpakaian seragam tentera membeli barangan vape di kedai tersebut.

See also  Pemandu sekolah memandu buka zip tunjuk kemaluan

 

“Selepas selesai membeli barangan vape, lelaki itu keluar dari kedai, namun tidak lama kemudian, dia masuk semula ke kedai berkenaan.

 

“Suspek memberitahu mangsa pod vape dibelinya tidak berfungsi.

 

Mangsa kemudian memeriksa pod vape berkenaan dan menggantikannya dengan yang baharu,” katanya melalui kenyataan pada Rabu.

 

Mohamad Farouk berkata, ketika mangsa menyerahkan pod vape berkenaan, suspek mengambil kesempatan memegang tangan mangsa dan kemudian turut menjilat jarinya.

 

“Selepas mangsa memberitahu suspek terdapat kamera litar tertutup (CCTV) dalam kedai, lelaki itu melepaskan tangan mangsa dan terus beredar dari tempat kejadian,” katanya.

See also  Polis tahan suami isteri disyaki dera budak 10 tahun

 

Beliau berkata, mangsa telah tampil membuat laporan polis di Balai Polis Hulu Klang pada Rabu.

 

“Siasatan sedang dijalankan dan kita dalam usaha mendapatkan butiran peribadi serta mengesan suspek.

 

Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya.

 

Mohamad Farouk berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan.

See also  16 ditahan kerana bergaduh akibat vape

 

“Maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Siti Zaleha Abdullah di talian 03-42897222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Polis kesan lelaki cabul wanita di kedai vape " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

370359
Users Today : 2122
Users Yesterday : 3149
Users Last 7 days : 14540
Users Last 30 days : 65765
Users This Month : 59377
Users This Year : 370358
Total Users : 370359
Views Today : 2933
Views Yesterday : 4709
Views Last 7 days : 21703
Views Last 30 days : 101313
Views This Month : 91480
Views This Year : 570546
Total views : 570547
Who's Online : 20
Your IP Address : 44.210.77.106
Server Time : 2022-11-29
0Shares