VIDEO] Lelaki pandu Lamborghini langgar 6 kereta dijel 2 minggu, denda RM9,000

[VIDEO] Lelaki pandu Lamborghini langgar 6 kereta dijel 2 minggu, denda RM9,000

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang tular memandu kereta mewah Lamborghini yang melanggar enam buah kenderaan di Jalan Tun Razak di sini, bulan lalu dikenakan dipenjara dua minggu dan denda RM9,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Majistret Amanina Mohamad Anuar menjatuhkan hukuman itu terhadap Abdul Rahman Abdullah,28, selepas lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

 

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara itu berjalan dari tarikh tangkap pada 6 Oktober lalu dan penjara lagi lima bulan sekiranya gagal membayar jumlah denda itu selain tidak dibenarkan mengambil lesen memandu selama lima tahun.

See also  PDRM dan JAIS selamatkan Ibu kudung sebelah kaki ditinggalkan anak di tepi jalan.

 

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang tidak mempunyai lesen memandu telah didapati memandu kereta jenis Lamborghini Gallardo dengan melulu dan membahayakan kepada orang awam sehingga menyebabkan kemalangan dan kerosakan teruk kepada enam buah kenderaan lain.

 

Kesalahan itu dilakukan di Jalan Tun Razak di sini pukul 8 pagi pada 8 September lalu yang didakwa mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutam Jalan 1987 dan boleh dihukum dibawah akta sama.

 

Hukuman bagi seksyen memperuntukkan penjara boleh sampai lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM15,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu tidak kurang lima tahun dan lesen percubaan dibatalkan.

See also  Lelaki sokong Israel di TikTok positif dadah

 

Dalam prosiding itu pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Siti Nursyuhada Abd. Rauf manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

 

KOSMO! Online 8 September lalu melaporkan sebuah kenderaan mewah jenis Lamborghini yang dipandu seorang lelaki tempatan terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Tun Razak menghala ke Bulatan Pahang.

 

Kejadian pada pukul 8.40 pagi itu turut melibatkan beberapa buah kenderaan lain sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas.

See also  Wanita Myanmar dihukum penjara  18 bulan kerana kesalahan guna identiti orang lain untuk dapat Vaksin Covid-19

 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, kesemua pemandu kereta yang terlibat hanya mengalami kecederaan ringan dan telah mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur. -K!ONLINE

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " VIDEO] Lelaki pandu Lamborghini langgar 6 kereta dijel 2 minggu, denda RM9,000 " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

124394
Users Today : 3817
Users Yesterday : 2706
Users Last 7 days : 22066
Users Last 30 days : 69739
Users This Month : 18119
Users This Year : 124393
Total Users : 124394
Views Today : 5742
Views Yesterday : 4150
Views Last 7 days : 33521
Views Last 30 days : 108225
Views This Month : 27634
Views This Year : 190024
Total views : 190025
Who's Online : 8
Your IP Address : 3.238.204.167
Server Time : 2022-08-07
0Shares