VIDEO Pemandu cuba potong kereta bertembung sebuah lori

Pemandu cuba potong kereta  bertembung sebuah lori di Ulu Yam

10/10/2021

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Petaling Jaya: Tindakan pemandu kereta yang cuba memotong kenderaan di hadapan membawa padah apabila bertembung dengan sebuah lori di laluan bertentangan dalam kejadian di jalan Ulu Yam, Batu 23, di sini hari ini.

 

Kejadian dipercayai berlaku pukul 8.06 pagi ketika sebuah kereta jenis Mitsubishi Lancer dari arah Batu Caves sedang dalam perjalanan ke Ulu Yam.

 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintenden Azman Shariat berkata, ketika melalui lokasi kejadian, pemandu Mitsubishi Lancer berkenaan cuba untuk memotong sebuah Perodua Bezza namun gagal lalu bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.

See also  Pemandu lori dipukul, cuba lari selepas kemalangan

Katanya, kemalangan itu turut melibatkan sebuah kereta jenis Volkswagen.

 

“Akibat perlanggaran itu, pemandu serta dua penumpang perodua bezza warga vietnam berusia 24 hingga 30 tahun mengalami kecederaan

 

“Pemandu Perodua Bezza patah pada bahu dan kaki manakala salah seorang daripada penumpangnya mengalami patah pada leher,” katanya dalam kenyataan hari in

 

Menurut Azman, ketiga-tiga mereka kini sedang mendapatkan rawatan di zon kuning hospital Selayang.

See also  Warga asing rentas batu halangan, kawat duri ditangkap

 

Jelasnya, pemandu Mitsubishi Lancer dan Volkswagen yang masing-masing berusia 32 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan manakala pemandu lori berusia 51 tahun pula luka di bahagian kaki.

 

“Semua pihak yang terlibat telah membuat laporan polis kecuali mereka yang menaiki kereta perodua bezza kerana masih mendapatkan rawatan di hospital

 

“Siasatan berhubung kejadian dijalankan mengikut seksyen 43 (1) akta pengangkutan jalan 1987,” ujarny

 

Hari ini tular video menunjukkan beberapa buah kenderaan terlibat dalam kemalangan di jalan Ulu Yam menuju Genting Highlands.

Menerusi rakaman berdurasi 44 saat itu, kelihatan tiga buah kereta dipercayai dipandu laji sebelum salah sebuah daripadanya bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan. – UTUSAN ONLINE

See also  [VIDEO] Polis tahan lori bawa pekerja kilang positif COVID-19
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " VIDEO Pemandu cuba potong kereta bertembung sebuah lori " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

378438
Users Today : 2033
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16577
Users Last 30 days : 61828
Users This Month : 5442
Users This Year : 378437
Total Users : 378438
Views Today : 2824
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 24701
Views Last 30 days : 94953
Views This Month : 7989
Views This Year : 582683
Total views : 582684
Who's Online : 5
Your IP Address : 35.172.224.102
Server Time : 2022-12-03
0Shares