Kes Basikal Lajak: Keraguan Kes Jurujual Wanita Kekal Dibebas Dan Dilepas

Kes Basikal Lajak: Jurujual Wanita Kekal Dibebas Dan Dilepas

 

Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini sekali lagi membebas dan melepaskan seorang jurujual wanita daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak empat tahun lepas.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Majistret Siti Hajar Ali membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah terhadap Sam Ke Ting, 26.

 

“Selepas meneliti segala keterangan yang dikemukakan dan menimbang semua hujahan timbalan pendakwa raya dan peguam bela tertuduh di akhir kes pembelaan, timbul keraguan munasabah dalam minda saya.

 

“Maka diputuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes ini melampaui keraguan munasabah. Oleh itu, tertuduh dibebas dan dilepaskan daripada pertuduhan di akhir kes pembelaan,” katanya.

See also  Wanita maut terjatuh dari LRT

 

Dalam penghakimannya, Siti Hajar berkata mahkamah berpendapat keterangan tertuduh bahawa dia tidak mengetahui terdapat aktiviti basikal lajak di kawasan itu adalah munasabah.

 

Siti Hajar berkata keterangan Sam bahawa dia berada di lorong paling kiri lokasi kejadian di Jalan Lingkaran Dalam juga bertepatan dengan hasil kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) yang mendapati kenderaan tertuduh sama ada dipandu pada kelajuan 44.5 kilometer atau 75.8 kilometer sejam.

 

Mahkamah turut mengarahkan lesen memandu Sam, yang sebelum ini digantung, dikembalikan kepadanya dengan serta-merta.

See also  Sembang kosong Undang undang sivil terdedah kepada manipulasi.Benarkah begitu

 

Pada 18 Feb lepas, Mahkamah Tinggi Johor Bahru mengarahkan tertuduh membela diri selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya serta mengetepikan perintah mahkamah majistret pada 28 Okt 2019 yang membebas dan melepaskannya daripada pertuduhan itu.

 

Sam – ketika kejadian berusia 22 tahun – didakwa memandu kereta secara melulu atau berbahaya di Jalan Lingkaran Dalam sehingga menyebabkan kematian lapan penunggang basikal lajak pada 3.20 pagi 18 Feb 2017.

 

Mereka ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14, Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14, Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16, Fauzan Halmijan, 13, Mohamad Azhar Amir, 16, Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14, Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14, dan Haizad Kasrin, 16.

See also  Remaja OKU mangsa pukul trauma, sangka sudah mati

 

Jurujual wanita itu didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan denda RM20,000 jika sabit kesalahan.

 

– Bernama

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Kes Basikal Lajak: Keraguan Kes Jurujual Wanita Kekal Dibebas Dan Dilepas " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

370369
Users Today : 2132
Users Yesterday : 3149
Users Last 7 days : 14550
Users Last 30 days : 65775
Users This Month : 59387
Users This Year : 370368
Total Users : 370369
Views Today : 2944
Views Yesterday : 4709
Views Last 7 days : 21714
Views Last 30 days : 101324
Views This Month : 91491
Views This Year : 570557
Total views : 570558
Who's Online : 20
Your IP Address : 44.210.77.106
Server Time : 2022-11-29
0Shares