Saat pilu petugas di SJR terpaksa berpisah dengan ‘Si Kilat’

Saat pilu petugas di SJR terpaksa berpisah dengan ‘Si Kilat’.

Kucing yang diberi nama Kilat itu adalah peneman dan penghibur buat petugas di SJR setiap hari. – Astro AWANI

 

 

 

ALOR SETAR: Penutupan Sekatan Jalan Raya (SJR) Plaza Tol Utara di Alor Setar tepat jam 12 tengah malam tadi meninggalkan kenangan pilu buat 15 anggota polis dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) selepas terpaksa berpisah dengan seekor kucing yang tinggal bersama lebih setahun lima bulan.

 

Bagi Sarjan Budian Saf Taib, 37, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, saat berpisah dengan kucing jantan yang dipanggil ‘Kilat’ itu sangat memilukan kerana haiwan itu berada bersama sejak dia mula bertugas di SJR itu.

 

Malah kucing itu adalah peneman dan penghibur buat mereka setiap hari.

 

Katanya, sifatnya yang manja dan patuh pada arahan disenangi semua anggota lain.

See also  Kucing peliharaan mati kebuluran dalam sangkar

 

Jelas Budian, walaupun terdapat beberapa ekor lagi kucing lain namun Kilat paling mencuri perhatian.

 

“Kucing itu berada di sini sejak sekatan ini mula dibuka, kami tidak tahu dari mana haiwan itu datang.

 

“Kami berikan makanan kepada Kilat dan haiwan itu terus menjadi peneman kami di sini,” katanya.

 

Namun Kilat terpaksa diserahkan kepada orang lain untuk menjaganya.

 

Menurut Mohd Hadi Hashim, 38, dari Bahagian Elektrik Jabatan Kerja Raya (JKR) Kedah, dia tidak menyangka kucing berwarna perang dan berbulu lebat itu menjadi miliknya selepas anggota polis memberikan kepadanya untuk dipelihara.

 

“Saya datang ke sini untuk membantu mereka berkemas dan terus ditawarkan untuk menjadi pemilik baharu kucing tersebut. Saya terus bersetuju,” katanya.

 

Bagi Nor Asnah Saad, 51, anggota Rela yang lebih enam bulan bertugas di situ, berasa sedih saat melihat rakan lain mengemas barang-barang.

See also  Video Bertengkar 1 jam pasal anjing di pondok PLUS

 

Katanya, mereka ibarat satu keluarga yang besar dan sifat ambil cakna antara satu sama lain tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

 

“Rasa sedih sebab sudah banyak bulan bertugas dengan mereka ini.

 

“Walaupun kami berlainan pasukan, kerjasama yang ditunjukkan sangat baik,” katanya.

 

Turut berkongsi kenangan bersama adalah Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, di mana beliau sendiri pernah ditahan di SJR itu.

 

Katanya, sebagai ketua, beliau menghormati ketegasan anggotanya serta agensi lain dalam mengawal kenderaan serta individu yang ingin memasuki kawasan bandaraya dalam usaha mengekang penularan COVID-19.

 

“Saya sebagai OCPD, apabila kita dalam keadaan memakai mask, saya sendiri pernah ditahan oleh anggota polis dan mereka tidak dapat mengecam dalam pakaian macam ini.

 

“Ini satu kenangan yang tidak dapat dilupakan sepanjang penugasan SJR di Kota Setar ini apabila kita lalu kawasan tol ini, nanti kita akan rasa satu yang hilang setelah hampir dua tahun kita sentiasa melihat anggota anggota bertugas dalam keadaan hujan dan panas, tetapi pada malam ini semua penugasan ini telah tamat,” katanya.

See also  Langgar lembu Aring Gua Musang

 

Tiga SJR iaitu di Plaza Tol Alor Setar Utara, Plaza Tol Alor Setar Selatan dan Plaza Tol Hutan Kampung ditutup sepenuhnya tepat jam 12 tengah malam tadi.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Saat pilu petugas di SJR terpaksa berpisah dengan 'Si Kilat' " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

385587
Users Today : 1665
Users Yesterday : 2680
Users Last 7 days : 17350
Users Last 30 days : 60903
Users This Month : 12591
Users This Year : 385586
Total Users : 385587
Views Today : 2562
Views Yesterday : 3986
Views Last 7 days : 25728
Views Last 30 days : 92861
Views This Month : 18648
Views This Year : 593342
Total views : 593343
Who's Online : 7
Your IP Address : 34.231.21.105
Server Time : 2022-12-06
0Shares