Warga asing cuba rempuh polis ditahan

Warga asing cuba rempuh polis ditahan

Kota Kinabalu: Lelaki warga asing yang bert indak agresif termasuk hampir merempuh anggota polis ketika cuba melarikan diri berjaya ditahan di Manggatal, di sini, hari ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Dalam kejadian kira-kira 2 petang, polis terpaksa melepaskan dua tembakan ke arah tayar Perodua Myvi dipandu suspek berusia 20-an terbabit.

 

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintendan George Abd Rakman berkata, pihaknya menjalankan operasi ‘Op Tapis’ selepas mengesyaki terdapat kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah di kawasan berkenaan.

See also  Lelaki mabuk pandu lawan arus di Kerinchi Link ditahan

 

Katanya, ketika cuba ditahan untuk pemeriksaan, suspek enggan memberi kerjasama dan bertindak agresif dengan merempuh kenderaan pasukan polis beberapa kali.

 

“Suspek turut cuba melanggar anggota polis dari arah hadapan, namun sempat dielakkan sebelum dua das tembakan dilepaskan ke tayar hadapan kiri dan kanan kereta suspek bagi mempertahankan diri.

“Lelaki itu berjaya melarikan diri, namun kenderaannya hanya mampu bergerak sejauh 120 meter daripada tempat kejadian sebelum ditahan,” katanya ketika dihubungi, di sini.

See also  Kes belasah `bodyguard', polis rampas jongkong emas dan wang RM28.45 juta

 

Katanya, pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan dua paket plastik lutsinar berisi ketulan hablur kristal disyaki syabu dengan berat kasar keseluruhan sebanyak 100 gram.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

 

Kejadian berkenaan sempat dirakam oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian sebelum tular di laman sosial.

Kejadian itu turut menerima pelbagai komen daripada netizen termasuk memuji tindakan dan kecekapan polis sehingga dapat memberkas suspek.

See also  Lebam mata ditumbuk warga asing,tegur tak pakai pelitup muka

 

RAKAMAN video yang tular di media sosial.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Warga asing cuba rempuh polis ditahan " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

362997
Users Today : 1136
Users Yesterday : 1961
Users Last 7 days : 9892
Users Last 30 days : 65347
Users This Month : 52015
Users This Year : 362996
Total Users : 362997
Views Today : 1793
Views Yesterday : 3012
Views Last 7 days : 15370
Views Last 30 days : 100910
Views This Month : 80709
Views This Year : 559775
Total views : 559776
Who's Online : 0
Your IP Address : 3.225.221.130
Server Time : 2022-11-26
0Shares