Keberanian Kakak selamatkan dua adik dalam kebakaran

12/10/2021

Puchong: Tindakan berani kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun berjaya menyelamatkan dua adiknya dalam kebakaran di sebuah rumah di Pulau Meranti, di sini, hari ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Dalam kejadian pada 10 pagi itu, kanak-kanak terbabit membawa keluar dua adik lelakinya berusia lapan tahun dan setahun.

 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada 10.15 pagi.

See also  Kanak-kanak MANGSA DERA DISELAMATKAN Bomba

 

“Susulan itu satu jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberajaya dikejarkan ke lokasi kejadian.

 

“Pasukan penyelamat tiba pada 10.37 pagi dan melakukan kerja-kerja pemadaman di kawasan kebakaran,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

 

Norazam berkata, pemeriksaan mendapati berlaku kebakaran di bilik stor rumah teres dua tingkat berkenaan dan 10 peratus kebakaran berlaku di bilik terbabit sebelum api dipadamkan.

See also  Bagaimana kebakaran rumah berlaku akibat penggunaan terlalu banyak sambungan

 

Beliau berkata, ketika kejadian terdapat tiga kanak-kanak di dalam rumah, seorang daripadanya mengalami sesak nafas dan dua lagi tidak cedera.

 

Menurutnya, difahamkan ibu bapa kanak-kanak terbabit keluar bekerja ketika kejadian dan kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun itu berjaya menyelamatkan dua adiknya.

See also  Tiga cedera, lif jatuh dari tingkat dua
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Keberanian Kakak selamatkan dua adik dalam kebakaran " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

363640
Users Today : 259
Users Yesterday : 1520
Users Last 7 days : 10535
Users Last 30 days : 65990
Users This Month : 52658
Users This Year : 363639
Total Users : 363640
Views Today : 338
Views Yesterday : 2349
Views Last 7 days : 16264
Views Last 30 days : 101804
Views This Month : 81603
Views This Year : 560669
Total views : 560670
Who's Online : 13
Your IP Address : 44.192.38.248
Server Time : 2022-11-27
0Shares