Dahulu indah, kini dipenuhi sampah

Pantai indah, kini dicemari sampah sarap buangan pengunjung

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

KOTA TINGGI – Peningkatan mendadak pengunjung sehingga tiga kali ganda di Pantai Batu Layar sejak kelonggaran pergerakan  menyaksikan berlakunya pertambahan jumlah sampah yang memenuhi hampir sekitar kawasan pelancongan berkenaan.

Pegawai Daerah Kota Tinggi, Hazlina Jalil berkata, pantai sepanjang 1.85 kilometer itu merupakan salah satu pantai popular dan destinasi pelancongan di daerah ini dan diselenggara oleh pihak Majlis Perbandaran Pengerang (MPP), Jabatan Pengairan Saliran (JPS) selain ada kawasan yang mempunyai hak milik persendirian.

See also  Rakyat dilarang  cari rezeki di tapak pelupusan sampah

Katanya, Pantai Batu Layar menjadi tumpuan pengunjung terutama pada cuti hujung minggu dan hari kelepasan am terutama sejak peralihan negeri berkenaan ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan kebenaran rentas negeri.

 

Kehadiran pengunjung yang begitu ramai  menyebabkan berlakunya peningkatan jumlah sampah di sekitar kawasan Pantai Batu Layar.

Lebih menyedihkan sikap  pengunjung yang membuang sampah merata-rata sehingga menjejaskan keindahan pantai ini,” katanya

See also  Imej Langkawi menggerunkan pelancongan domestik

Beberapa langkah drastik telah dan akan diambil bagi mengatasi masalah tersebut termasuk menambah bilangan tong-tong sampah di beberapa lokasi.

 

Kekerapan pembersihan juga akan dipertingkatkan  selain pemantauan dan penguatkuasaan untuk meningkatkan kesedaran sivik dalam kalangan pengunjung.

Memandangkan Pantai Batu Layar merupakan kawasan tumpuan umum, beberapa program berbentuk komuniti prihatin seperti Program Pembersihan Pantai (Beach Clean Up) turut akan dilaksanakan,” ujarnya.

 

Jelasnya, program bakal dilaksanakan bersama sukarelawan Pertubuhan Bukan Kerajaan dan penduduk sekitar  terutamanya pemilik tanah berhampiran dengan aktiviti pembersihan pantai, jalinan kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan

See also  Inilah perangai sebenar warga pengunjung pantai dan taman rekreasi, seolah-olah tidak pernah bersekolah
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Dahulu indah, kini dipenuhi sampah " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

363039
Users Today : 1178
Users Yesterday : 1961
Users Last 7 days : 9934
Users Last 30 days : 65389
Users This Month : 52057
Users This Year : 363038
Total Users : 363039
Views Today : 1876
Views Yesterday : 3012
Views Last 7 days : 15453
Views Last 30 days : 100993
Views This Month : 80792
Views This Year : 559858
Total views : 559859
Who's Online : 7
Your IP Address : 3.225.221.130
Server Time : 2022-11-26
0Shares