Jaket keselamatan selamatkan Bekas jurugambar akhbar dari lemas

Bot mangsa terbalik dan dia yang memakai jaket keselamatan berjaya berenang ke Pulau Kendi.
BALIK PULAU – Seorang bekas jurugambar akhbar dilaporkan selamat selepas hilang ketika keluar ke laut bagi menangkap ikan di perairan dekat Jeti Pantai Malindo, Jalan Kuala Sungai Burung.
Mangsa yang juga nelayan berusia 55 tahun itu dilaporkan hilang dan pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.18 malam.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, memaklumkan mangsa dikesan terselamat selepas berjaya berenang ke Pulau Kendi.
Mangsa dikatakan keluar ke laut kira-kira pukul 3 petang, didapati tidak pulang hingga malam.
Pihak polis pada pukul 6.30 pagi, memaklumkan mangsa telah ditemui selamat oleh nelayan tempatan di Pulau Kendi.
Kejadian dikatakan tiba tiba bot mangsa terbalik dan dia yang memakai jaket keselamatan berjaya berenang ke Pulau Kendi dengan selamat.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Jaket keselamatan selamatkan Bekas jurugambar akhbar dari lemas " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.