Mangsa abang askar minta netizen tak buat kesimpulan sendiri

Mangsa abang askar minta netizen tak buat kesimpulan sendiri

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

PETALING JAYA – Mangsa serangan gangguan seksual di sebuah kedai vape memohon agar tidak dikecam dan meminta orang ramai untuk membaca terlebih dahulu kisah penuh kejadian yang menimpa dirinya baru-baru ini.

 

Mangsa, melalui satu hantaran di laman Instagramnya berkata, walaupun tahu ramai pihak mengecam dirinya susulan perkara tersebut, dia berterima kasih kerana ramai juga orang yang memberi sokongan.

 

“Hantaran penjelasan mengenai kejadian itu telah dipadam oleh Instagram, saya tidak tahu siapa yang laporkan hantaran itu. Mungkin saya tidak akan post (hantarann) lagi sebab berapa banyak pun saya post akan dipadam.

See also  Lelaki terlebih perihatin Provokasi liar terhadap penjawat awam

 

“Tetapi, masih ada hantaran di highlight story (mengenai kejadian),” katanya di sini.

 

Selain itu katanya, dia berharap agar orang ramai tidak membuat kesimpulan sendiri di sebalik kejadian yang kini sedang disiasat polis.

 

Berita berkaitan: Wanita trauma, tangan dijilat ‘abang askar’

 

“Saya harap netizen rajin-rajinkanlah membaca sebelum buat kesimpulan. Saya tak mampu nak balas DM (mesej) semua. Tapi saya tahu, ramai yang kecam tapi lagi ramai yang sokong.

 

“Terima kasih semua yang beri sokongan dan doakan urusan saya dipermudahkan. Semoga urusan awak semua pun dipermudahkan,” ujarnya.

See also  Abang askar buat gangguan seksual ketika beli vape

 

Berita berkaitan: Abang askar buat gangguan seksual ketika beli vape

 

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang askar dilihat mencemari kredibiliti sebagai anggota keselamatan apabila dia didakwa melakukan serangan gangguan seksual terhadap seorang jurujual wanita berusia 18 tahun di sebuah kedai vape.

 

Melalui satu televisyen litar tertutup kelihatan, askar terbabit bukan sahaja dilihat memegang tangan jurujual wanita itu ketika mahu merasai perasa vape,malah turut bertindak menghisap jari mangsa.

 

Susulan kejadian itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak semalam berkata, lelaki berusia 26 tahun itu telah diberkas pukul 12.30 tengah malam oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ampang Jaya dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana cabul. – K! ONLINE

See also  {Video} Gangguan seksual lelaki tanpa berseluar serbu kedai telefon

 

Oleh NUR HUDA MUSA

8 Oktober 2021, 2:45 pm

Video: Media sosial

 

#Kosmo

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Mangsa abang askar minta netizen tak buat kesimpulan sendiri " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156086
Users Today : 876
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24481
Users Last 30 days : 79910
Users This Month : 49811
Users This Year : 156085
Total Users : 156086
Views Today : 1604
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 37116
Views Last 30 days : 123158
Views This Month : 76435
Views This Year : 238825
Total views : 238826
Who's Online : 4
Your IP Address : 34.236.192.4
Server Time : 2022-08-18
0Shares