Selesa dapat kurangkan bunyi bising di fon telinga
FON telinga tanpa wayar kini menjadi satu peranti audio yang wajib dimiliki oleh generasi muda.

Maka tidak hairanlah, banyak syarikat pengeluar mengambil inisiatif mengeluarkan peranti itu bagi memenuhi permintaan pasaran
Xiaomi antara syarikat yang tidak terlepas untuk berbuat demikian dan baru sahaja melancarkan fon telinga tanpa wayar terbarunya iaitu Redmi Buds 3 Pro
Ditawarkan pada harga mampu milik, peranti itu disertakan dengan spesifikasi yang cukup memuaskan.
Peranti ini dilengkapi dengan fungsi penyaring hingar aktif (ANC) hibrid yang mampu mengurangkan bunyi bising di persekitaran sehingga 35 desibel
Dengan teknologi sedemikian juga membolehkan ANC diubah mengikut kesesuaian persekitaran pengguna
Ini membolehkan pengguna tidak berasa terganggu ketika mendengar lagu atau menghadiri mesyuarat online
Dalam pada itu, Redmi Buds 3 Pro ini turut dilengkapi dengan dua mod transparency membolehkan pengguna mendengar bunyi persekitaran tanpa perlu mencabutnya dari telinga
Peranti ini juga dilengkapi dengan permukaan peka sentuhan untuk kawalan yang mana ia boleh digunakan untuk menjawab panggilan, mengaktifkan mod transparency dan ANC atau mengawal muzik.
Selain itu, ketahanan bateri untuk peranti ini juga cukup memuaskan dan pengguna boleh menggunakannya sehingga enam jam dengan sekali pengecasan atau sehingga 28 jam bersama bekas pengecas.
Pada masa sama, dengan pengecasan selama 10 minit di dalam bekas, peranti ini boleh bertahan selama tiga jam.
Di samping itu, peranti ini turut menyokong teknologi pengecasan tanpa wayar yang kini semakin menjadi satu keperluan, terutamanya bagi kegunaan anak muda.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Selesa dapat kurangkan bunyi bising di fon telinga " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.