Video✓✓Bakal Jadi Bangunan Tertinggi Malaysia Mengatasi Menara Kembar Petronas (KLCC)

Bakal Jadi Bangunan Tertinggi Malaysia Mengatasi Menara Kembar Petronas (KLCC), Pekerja Kongsikan Pemandangan Menakjubkan Dari Atas

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Pada masa sekarang, semakin banyak bangunan pencakar langit dibina atas pelbagai tujuan. Ada diantaranya untuk tarikan pelancong, dan ada juga untuk menunjukkan kemajuan teknologi serta dianggap simbol prestij tempat tersebut.

 

Seperti yang kita sedia maklum, bangunan tertinggi di Malaysia pada masa kini ialah menara Berkembar Petronas, KLCC. Namun tidak lama nanti sebuah menara lain yang sedang dalam pembinaan akan mengatasi ketinggian menara KLCC.

See also  Tahukah anda Merdeka 118 bangunan kedua tertinggi didunia

Menara yang dimaksudkan adalah menara Merdeka 118 (atau juga dikenali sebagai PNB118) yang sedang dibina dan dijangka siap pada tahun 2022.

 

Menara ini juga akan menjadi bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa dan mengatasi ketinggian Shanghai Tower.

 

Pernah tak terfikir macam mana pekerja-pekerja melakukan kerja mereka di ketinggian tersebut? Yang pastinya ramai antara kita yang takut dengan ketinggian apatah lagi yang beratus-ratus meter ke bawa dan hanya mereka yang berhati kental sahaja yang dapat bekerja di ketinggian tersebut seperti kerja pengendali kren.

See also  Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Tuanku

 

Baru-baru ini, seorang lelaki yang menggunakan nama Emy ganu telah berkongsikan serba sedikit mengenai kerja yang dilakukan mereka malah berkongsi pandangan luar biasa dari sudut atas kren yang dipercayai diambil dari atas menara PNB118.

 

Dibawah ini adalah rakaman video yang dikongsikannya dan boleh dilihat beberapa orang pekerja sedang bekerja di atas kren yang cukup tinggi sehingga hanya menampakkan puncak beberapa bangunan atau menara yang ada di sekitar di Kuala Lumpur.

 

See also  Pemuda cabar diri berbogel dari KL ke Johor jika JDT tewas akhirnya memohon maaf

VIDEO:

 

Salute habis dengan mereka yang mampu bekerja di ketinggian ini, tak rasa gayat. Hebat bukan.

 

Kredit video: Emy ganu

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Video✓✓Bakal Jadi Bangunan Tertinggi Malaysia Mengatasi Menara Kembar Petronas (KLCC) " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

146649
Users Today : 3098
Users Yesterday : 4727
Users Last 7 days : 21955
Users Last 30 days : 78047
Users This Month : 40374
Users This Year : 146648
Total Users : 146649
Views Today : 4399
Views Yesterday : 6797
Views Last 7 days : 33456
Views Last 30 days : 119672
Views This Month : 61586
Views This Year : 223976
Total views : 223977
Who's Online : 28
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-15
0Shares